Doping adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet. Adakala doping dilakukan secara sengaja oleh atlet, tetapi ada juga doping dilakukan secara tidak sengaja.
Memetik laporan Astro Awani, agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) semalam mengesahkan dua atlet angkat berat gagal dalam ujian doping ketika Sukan Malaysia (Sukma) Perak bulan lepas. Menurut pengarah Adamas, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, atlet berkenaan mungkin mengambil suplemen yang mengandungi bahan terlarang methylhexanamine. "Hasil ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel dua atlet berkenaan yang mendapat pengiktirafan Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) di New Delhi, baru-baru ini memang mendapati sampel mereka positif penggunaan bahan berkenaan."
Mengulas lanjut, Dr Ramlan yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara berkata keputusan ujian doping dua atlet berkenaan turut dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukma Perak, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri serta Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM).- CARI
|
8
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT