Sebelum memulakan aktiviti seharian, tubuh kita memerlukan banyak tenaga. Oleh itu sarapan adalah penting bagi membekalkan tenaga yang mencukupi untuk tubuh kita. Sekali-sekali sarapan dengan pancake ala-ala McDonald pun ok juga kan. Lagi menarik, bila kita boleh buat sendiri. Jom cuba resipi ini.
Resipi Pancake Gebu ala Mcdonald's Bahan-bahan pancake: 2 sudu besar baking powder 1 sudu kecil garam 2 sudu besar gula 1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis) 1 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 4 sudu besar butter(dicairkan) Bahan-bahan untuk cicah:
Madu Butter Sosej goreng Cara-cara: 1. Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas. 2. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna ‘mixer’, cuma guna senduk. 3. Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi. 4. Panaskan kuali jenis leper dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung. 5. Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan ke dalam frying pan. (Jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda. 6. Setelah beberapa minit terbalikkan pancake dan tunggu beberapa minit lagi sebelum angkat (hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian). 7. Ulang cara 4 untuk membuat pancake lain sampailah adunan habis. 8. Pancakes sangat sedap sekiranya dicicah dengan maple syrup (seperti di McDonald's) dan butter. Namun pancake juga boleh dimakan bersama madu atau sosej goreng mengikut cita rasa anda.- CARI Kredit: Resepi Makanan Malaysia
|
8
Bagus |
21
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT