Berita baik buat bangsa Johor! Memetik laporan Malaysiakini, satu program perumahan mampu milik untuk bangsa Johor di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim akan dilaksanakan.
Pengumuman itu dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada catatan di Facebook rasmi baginda semalam. Menurut Tunku Ismail, program yang dinamakan 'Rumah Impian Bangsa Johor' itu dibina dalam bentuk rumah teres satu atau dua tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Syarat kelayakan permohonan program tersebut adalah seseorang itu mestilah merupakan bangsa Johor yang berpendapatan isi rumah bawah RM5,000. Selain itu, pemohon harus bukanlah anak sulung atau anak tunggal dan tidak pernah memiliki rumah sebelum ini.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India." "Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan." "Rakyat turut akan menerima kemudahan dewan serbaguna, taman, kedai dan motel. Ia dibina dan dibiayai oleh DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor," ujarnya. Difahamkan harga untuk seunit teres satu tingkat tersebut akan bermula pada harga RM70,000, sementara teres dua tingkat pula akan dijual di bawah RM200,000.- CARI
|
12
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 22-10-2018 10:49 AM
Kenapa anak sulung takboleh memohon rumah ni ye?
ADVERTISEMENT