CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Ini Bersyukur Dan Bahagia Hidup Bermadu! Netizen Lelaki Pula Yang Terinspirasi..

22-10-2018 11:50 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 14246| Komen: 55|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Sherilyn Aidala
Walaupun poligami dibenarkan dengan syarat-syarat yang telah ditentukan, tetapi poligami adalah sesuatu yang sangat ditakuti oleh kebanyakan wanita. Ini kerana ramai wanita yang tidak yakin bahawa lelaki mampu berlaku adil dan memberikan keperluan nafkah yang sepatutnya kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka. 

Bagaimana pun, ia tidak boleh dipukul rata kerana ada lelaki yang mampu dan layak untuk berpoligami mengikut tuntutan syariat. Tetapi, hati wanita yang bergelar isteri kebanyakannya seakan tidak reda dan sukar untuk menerima hakikat mereka perlu hidup bermadu dan berkongsi kasih. 

Kisah dan pengalaman manis hidup bermadu yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini telah membuka mata dan memberi inspirasi kepada netizen. Ramai yang percaya, hidup bermadu adalah perkara yang menyakitkan dan pengalaman pahit dalam hidup. Tetapi bagi wanita ini, dia begitu gembira malah bersyukur kerana diberikan madu yang sudah dianggap seperti rakan karib atau adik beradik kerana hubungan mereka yang begitu rapat. Agak-agaknya apa rahsianya?


Dialah madu, teman karib dan 'adik beradik' yang paling rapat
Mereka banyak berkongsi perjalanan hidup bersama
Turut bahagia dengan kehadiran anak-anak yang comel
Senyuman yang mengambarkan kebahagian hidup mereka berdua

Netizen puji dan bangga dengan ketulusan hati mereka
Ramai netizen terutamanya wanita yang bergelar isteri sama ada telah dimadukan atau tidak, berasa sangat bangga dengan sikap dan ketulusan hati wanita ini. Mereka memuji-muji kehebatan dan kemuliaan hati wanita ini yang menerima madunya menjadi sebahagian dari hidupnya tanpa ada rasa dengki atau cemburu. Kisah yang dikongsi telah memberi inspirasi dan pandangan positif kepada ramai netizen.


Wajah sama cantik seperti kembar


 Netizen tak sanggup hidup bermadu

Apa yang kita tahu, majoriti wanita yang bergelar isteri tidak sanggup untuk hidup bermadu kerana kebanyakan para suami tidak betul-betul memahami tanggungjawab jawab mereka apabila berpoligami.  Seperti komen netizen ini yang tidak sanggup untuk hidup bermadu. Ini kerana bukan mudah untuk menjaga hati lebih-lebih lagi banyak kes dan cerita yang selalu diwar-warkan tentang pengabaian atau ketidak adilan suami dalam isu poligami. Jadi, sebab itulah ramai wanita yang tidak sanggup dan takut untuk hidup bermadu dan turut menganggap madu adalah perampas suami mereka. 

Netizen lelaki ingin tambah isteri
Nampaknya ramai juga netizen yang begelar suami yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsi oleh wanita ini. Jika ada peluang untuk berpoligami dan isteri masing-masing memahami serta bersikap positif seperti wanita ini, pasti mereka akan menambah ‘cawangan’ baru.

Mungkin satu dalam sejuta sahaja kita akan menemui wanita yang betul-betul bahagia untuk hidup bermadu. Semuanya bergantung kepada hati sama ada reda atau tidak untuk berkongsi kasih suami dengan orang ketiga. Kehidupan bermadu akan menjadi lebih sempurna jika si suami memahami tanggung jawab dan amanah yang dipikul untuk menjaga isteri-isteri dengan sebaiknya. Setuju tak?- CARI 

6

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 19-10-2018 04:43 PM
mcm sama je muka
Quote helicornia 19-10-2018 04:46 PM
bagi aku kalau bermadu tu tak payah la rapat2 sangat.. berbaik tu ok la..kita ni manusia hati/nafsu keja naik kejap turun..hari ni ok esok dengki pulak.. kalau rapat ni bila bergaduh memang teruk
Quote prettyuglybabe 19-10-2018 04:53 PM
suruh la laki kawin 3 4 pulak..
Quote K_Lily 19-10-2018 04:55 PM
helicornia replied at 19-10-2018 04:46 PM
bagi aku kalau bermadu tu tak payah la rapat2 sangat.. berbaik tu ok la..kita ni manusia hati/nafsu  ...

bukan bermadu jer... kalau kau kawen duda pun tak yah lah la berbaik sangat dengan ex wife tu..

Quote buapakperut 19-10-2018 05:02 PM
lawa putih dua2,mesti lakinya takleh pilih yang mana satu. tak macam anak jahid dengan madu dua2 gundu.
Quote meklalala 19-10-2018 05:05 PM
Kuatnya dia..Susah nak jumpa wanita macam ni..harap harap masing masing ikhlas menerima..
Quote myakayina 19-10-2018 05:16 PM
mesti suami dorg sejenis yg 'mampu' berpoligami..klu tak, takdelah wife2 dia happy sebegini..
Quote cha-cha 19-10-2018 05:21 PM
Kossserrr...
So dorang ni jual produk apa?
Quote Orix 19-10-2018 05:35 PM
Mne gmbar shuben deyols ? Rupa tokred ka rupa bung kinabatangan ka rupa salih yaacob ka
Quote tangen 19-10-2018 06:15 PM
cha-cha replied at 19-10-2018 05:21 PM
Kossserrr...
So dorang ni jual produk apa?



pergi lah stalk sendirik


https://www.facebook.com/puteri.permos?__tn__=%2Cd*F*F-R&eid=ARAYm92mDXNngGl_h0iQPL2RX9BO0VKWM70i1Lqt4rxFyxDzifjMqj_Ik1qNlKsw7UG8ERqr4qqavEKR&tn-str=*F
Quote tangen 19-10-2018 06:16 PM
Orix replied at 19-10-2018 05:35 PM
Mne gmbar shuben deyols ? Rupa tokred ka rupa bung kinabatangan ka rupa salih yaacob ka



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=631263513701355&set=ecnf.100004531357981&type=3&theater
Quote Orix 19-10-2018 06:26 PM
tangen replied at 19-10-2018 06:16 PM
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=631263513701355&set=ecnf.100004531357981&type=3&theate ...

Muka boyakk jah. Haruss lah rela bermadu sebab duit kepokk
Quote cha-cha 19-10-2018 06:55 PM
tangen replied at 19-10-2018 10:15 AM
pergi lah stalk sendirik



Selalunya yang rajin mengarang post panjang2 macam ni pasti ada yang nak dijual. Hasanak 101 projek juta juta.
Quote ayjay 20-10-2018 01:12 AM
cha-cha replied at 19-10-2018 05:21 PM
Kossserrr...
So dorang ni jual produk apa?

Hahahaha ada lah benda dijual tu. Jangan dok promote threesome pula!
Quote clarizsa 20-10-2018 03:19 PM
Geli la i bila ppuan2 bermadu suka samakan hubungan cm adikberadik dgn si madu
Eeuuwww
Xkanla kongsi laki dgn adikberadik kan
X sesuai la perumpamaan tu

Jijik
Incestuous
Quote bakingsoda 21-10-2018 02:15 PM
sorang tu senyum dia iras2 han yeseul
Quote Idgaf 21-10-2018 03:04 PM
Yihhhhhhhhh geli lahhhhh perempuan!
Quote Unicorn_heart 21-10-2018 03:37 PM
Semoga berbahagia sis... Truslah positip smpai shuben full kuota
Quote spankee_fili 21-10-2018 06:06 PM
Oh baguslah..muka sepesen je dorang ni..
Moga terus bahagia hendaknya..
Kalau poligami cara yg betul, memang pompuan ok je..
sesekali bergaduh tu biasa la, yg tak poligami pun gadoh jua..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.135392 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top