CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kylie Jenner Disaman Kerana Menciplak Mekap Dan Jenama Orang Lain?

23-10-2018 05:38 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8630| Komen: 29|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Artis realiti dan jutawan kosmetik, Kylie Jenner disaman oleh sebuah syarikat kosmetik kerana didakwa menciplak rangkaian dan meniru jenama mekap mereka, lapor Daily Mail TV hari ini.



Kredit Foto: Twitter

Saman itu difailkan di sebuah mahkaman persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini, oleh Sheree Cosmetics yang mendakwa jutawan berumur 21 tahun dengan harta kekayaan bernilai lebih USD900 juta (RM3.7 billion) itu telah meniru jenama mereka Born To Sparkle, yang dikeluarkan 10 bulan lebih awal berbanding jenama sama milik Kylie.


Kredit Foto: Daily Mail 


Sheree Cosmetics mula memasarkan jenama itu pada Oktober 2017 dan Kylie pula walaupun mempromosikan jenama itu lebih awal pada Julai 2018 dalam Instagram sebagai koleksi ulang tahun hari lahirnya, tetapi hanya mula memasarkan produknya pada 6 Ogos 2018. 

Kylie memberitahu 117 juta pengikut instagramnya bahawa dia tidak sabar untuk berkongsi koleksi mekap baru dengan mereka.


Kredit Foto: Kylie Cosmetics

Dalam satu temubual eksklusif dengan Daily Mail TV, pengasas Sheree Cosmetics, Tiffany Herrmann berkata langkah menyaman Kylie itu adalah untuk melindungi syarikatnya. 

"Kami perlu melindungi syarikat kecil kami kerana kami telah bekerja keras untuknya, kami tidak mahu idea kami dicuri," katanya.


Kredit Foto: Daily Mail

Tiffany menyatakan kebimbangan tindakan syarikat Kylie mengeluarkan jenama yang sama akan mengganggu jualan kosmetik Born To Sparkle miliknya. 

"Kami mahu jenama ini dilindungi dan hak kami ditegakkan," tambahnya.


Kredit Foto: Sheree Cosmetics

Julai lalu, majalah Forbes menganggarkan jumlah kekayaan Kylie sebanyak USD900 juta (RM3.7 billion) dan USD800 juta (RM3.3 billion) daripadanya diperolehi menerusi Kylie Cosmetics yang diasaskannya pada tahun 2016. 

Forbes juga meramalkan Kylie akan menjadi jauh lebih kaya pada ulang tahunnya yang ke 21 dan akan menjadi jutawan paling muda di dunia dengan pendapatan hasil usaha sendiri dan bakal memecahkan rekod pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang menjadi jutawan  pada usia 23 tahun.

Hai, dah kaya raya pun masih menipu orang ke Kylie? - CARI
17

Bagus
25

Marah
22

Terkejut
25

Sedih
21

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 23-10-2018 06:29 PM
Berjaya betul kylie cosmetic ni.. x yah nak jadi model cam akak dia..  kemain lama kylie cosm mendunia, baru sedar ciplak ke...
Quote azwanaliori 23-10-2018 06:56 PM
So kes nya sbb sama nama je la.
Quote Sang_Pencinta 23-10-2018 07:14 PM
Sama nama je rasanya. Mustahil kandungan pun tiru

Tapi nama tu pun pebting juga
Quote Sang_Pencinta 23-10-2018 07:15 PM
umbut replied at 23-10-2018 06:29 PM
Berjaya betul kylie cosmetic ni.. x yah nak jadi model cam akak dia..  kemain lama kylie cosm mendun ...

Yg ciplak tu jenama keluaran terbaru
Quote weezerfan 23-10-2018 07:16 PM
Nama lipstick jah..
Quote 234126 23-10-2018 08:20 PM
Benci betul founder yang jenis ciplak idea orang ni especially yang big guns bercapital besar pastu famous. Kesian syarikat kecik2 tu kena tindas
Quote borrow 23-10-2018 09:41 PM
"born to sparkle" tu common je. Dari dulu ada ja netizen tulis quote tu.
Quote marvelez 23-10-2018 11:08 PM
Kalau born to sparkle tu dh daftar patent mmg kylie akan kalah la jwabnya. Tp kalau born to sparkle tu xde register patent sgat tipis la nk menang saman kylie.

Anyway telan air liur sy tgok harta kekayaan kylie ni hmmmnn{:thief
Quote Mary_jane 24-10-2018 12:25 AM
Kayanya lah kylie ni. Dibanding kimk yang jual perfume pun terpaksa arca kan body sendiri. Ntah ke sold out ke macam mana?
Quote armin 24-10-2018 02:49 AM
Kylie memang jenis suka ciplak. Dulu ciplak design baju army tu. Dah kaya tu upah la creative team utk fikir idea baru.

Btw rihanna tak sekaya sheols ke? Nampak lagi ramai suka mekap rihanna tp net worth dia tak sampai suku pun net worth kylie.
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 05:20 AM
Kalau common phrase boleh copyright jadi trademark ke?
Quote rosasen 24-10-2018 08:06 AM
melainkan dia dah paten kan nama tu br bleh saman kot
Quote chinta89 24-10-2018 09:26 AM
ape kata LeMaK?
Quote mieymiey 24-10-2018 01:58 PM
Sama part 'born to sparkle' tu kan?
Kylie punya 1 stick tu jer, acik tu punya 1 palette.
Mana la tau lepas ni, makin laku keras pula kosmetik acik
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 04:01 PM
mieymiey replied at 24-10-2018 01:58 PM
Sama part 'born to sparkle' tu kan?
Kylie punya 1 stick tu jer, acik tu punya 1 palette.
Mana la t ...

Free promotion untuk kosmetik macik tu kan? Mungkin dapatlah tempias beberapa juta
Quote newyork 24-10-2018 06:51 PM
Kaya melampai jual mekap. Nasib baik tak jual punggung and boobs mcm kakak dia
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 06:53 PM
newyork replied at 24-10-2018 06:51 PM
Kaya melampai jual mekap. Nasib baik tak jual punggung and boobs mcm kakak dia

Tak sangka ujung2 Kylie yang jadi paling kaya antara mereka kan?


Ingatkan Kim.
Quote Sang_Pencinta 25-10-2018 06:23 PM
chinta89 replied at 24-10-2018 09:26 AM
ape kata LeMaK?

LeMak apa sis? MAC cosmetics ke?
Quote purplebear 26-10-2018 03:38 PM
Nama born to sparkle je sama. Kekdahnya ko sorang je dpt ilham guna ayat tu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035748 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top