CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Selepas Bergayut Pada Pintu Garaj

23-10-2018 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4747| Komen: 28

Seorang wanita terbunuh akibat tersepit di pintu garaj automatik selepas bertanya kepada rakannya sama ada dia pernah 'bergantung pada pintu garaj automatik ketika ia sedang dinaikkan'.




Memetik Daily Mail, pekerja sosial Heidi Chalkley, 40, diseret hingga ke penggelek panel sebelum tersepit dan meninggal dunia.

Rakannya, Susan Gilmore hanya mampu melihat detik mencemaskan itu sebelum Heidi meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.



Susan mendakwa dia menyangka Heidi hanya bergurau dan akan melepaskan panel pintu berkenaan.

"Namun, dia mula panik kerana tangannya tersepit di penghalang," katanya.

Menurut laporan, seorang lelaki yang tinggal berdekatan cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun paramedik mengesahkan dia sudah terlewat kerana kepala Heidi sudah tersepit di antara panel pintu dan siling.


Dua dari kiri: Bapa dan anak Heidi

Menurut keterangan saksi, dia melihat wanita itu tergantung tiga kaki dari lantai dan darah keluar dari mulutnya.

Bedah siasat mendapati, mangsa mengalami keretakan pada rahang, tulang rusuk, tulang belakang dan lengannya.


Ibu Heidi
Kredit foto: The Sun

Pemeriksa kesihatan dan keselamatan, Graeme Warden berkata, pintu garaj berkenaan sudah beberapa kali dilaporkan mengalami kerosakan. - CARI
25

Bagus
36

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
23

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote serawadurian 23-10-2018 11:19 AM
Oh sungguh ngeri. X blh nak bayang.
Quote insulin 23-10-2018 11:19 AM
Takziah.
Quote Foxey 23-10-2018 11:19 AM
hmm... takleh imagine camana dia bergantung kat garaj, then tersepit. pemahaman fox ni kurang ke dalam pembacaan berita ni or something is missing in translation?
Quote mieymiey 23-10-2018 11:22 AM
Jangan lah bergurau berkaitan dengan benda yang boleh mengundang maut.
Quote minguk 23-10-2018 11:24 AM
kenapa i baca Wanita Maut Selepas Bergayut Pada Pintu Faraj?
oh dyslexia
Quote meklalala 23-10-2018 11:26 AM
seksanya lahai..semoga menjadi pengajaran kepada masyarakat..
Quote anony-mous 23-10-2018 11:28 AM
Foxey replied at 23-10-2018 11:19 AM
hmm... takleh imagine camana dia bergantung kat garaj, then tersepit. pemahaman fox ni kurang ke dal ...

Agknya antara pagar besi & dinding tu ada ruang kosong kot so tersepit celah tu. I pon tgh cuba memahami. Kwn sheol xde gmba / video ke supaya netizen phm?
Quote nisako 23-10-2018 11:41 AM
nasin la...……...
Quote chinta89 23-10-2018 11:41 AM
x leh nk bayang mcmne cara dia buat tu sampai membawa maut..
Quote prettyuglybabe 23-10-2018 11:43 AM
sendiri cari pasal kan..
nak kata budak, tua bangka dah..
Quote umbut 23-10-2018 12:06 PM
Saja cari pasal
Quote Vokuro 23-10-2018 12:19 PM
selayak nya lah dengan bimbo ini.
sorry no alfatihah for you
Quote chazey 23-10-2018 12:21 PM
Kokesen redneck pprt kalau tak bimbo or bimboy tak sah.
Quote kikuri 23-10-2018 12:41 PM
anak dah besar panjang pun nak buat benda tak berpekdah lagi... rip
Quote moonbug 23-10-2018 12:57 PM
Freak death
Quote duri_durians 23-10-2018 01:07 PM
anony-mous replied at 23-10-2018 11:28 AM
Agknya antara pagar besi & dinding tu ada ruang kosong kot so tersepit celah tu. I pon tgh cuba me ...

kan pintu garaj tu roller shutter... so antara roller shutter mesti lah dinding kan?

imaginasi saya dia bergayut sambil shutter tu naik, lepastu tak sempat nak lompat tangan dia dah tersangkut. kemungkinan ruang tu cukup luas untuk naik sampai ke badan2 dia sekali boleh masuk celah tu.
Quote anony-mous 23-10-2018 02:28 PM
duri_durians replied at 23-10-2018 01:07 PM
kan pintu garaj tu roller shutter... so antara roller shutter mesti lah dinding kan?

imaginasi  ...

I pon rasa mcm tu cuma yg kedai2 biasa kan gap dia kecik, yg ni luas la kot. Agk2 dengar x bunyi tulang patah?
Quote pai.kacang 23-10-2018 04:26 PM
final destination sangat
Quote 234126 23-10-2018 08:39 PM
Mau trauma kwn dia tgk keadaan mayat dah berdarah2 tersepit mcm tu depan mata paramedik pun mesti ngeri nak hadap. Freak accident.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.129283 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top