Sebagai pelancong, kita wajar berdisplin ketika melancong ke mana-mana negara agar tidak melanggar undang-undang tempatan sehingga mengundang masalah kepada diri sendiri.
Reuters melaporkan, baru-baru ini dua pelancong didakwa dengan vandalisme kerana melakukan grafiti di tembok di utara Thailand. Jika didapati bersalah, dua pelancong yang berusia 23 tahun itu akan dihukum penjara 10 tahun. Furlong Lee dari Britain dan Brittney Schneider, ditahan di rumah tetamu di Chiang Mai semalam dan dihadap ke mahkamah daerah. Rakaman video kamera keselamatan menunjukkan mereka itu melakukan grafiti pada dinding bata merah berhampiran Gerbang Tha Phae iaitu pintu masuk utama ke bandar lama bandar raya itu. Menurut Mejar Polis, Anon Cherdchutrakulthong, apabila melawat sesuatu tempat, pelancong tidak sepatutya melakukan grafiti. Kedua-dua suspek itu mengaku bersalah. "Mereka tidak diwakili peguam, menambah kedua-duanya menunjukkan tanda mabuk." Selain penjara, mereka juga berhadapan denda sehingga sejuta baht (RM127,447) atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.- CARI
|
23
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT