Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi sebenarnya ramai ibu di luar sana yang memilih susu formula berbanding susu ibu untuk bayi mereka yang baru lahir. Banyak alasan yang diberikan umpamanya terlalu sibuk untuk menyusu, takut payudara menjadi kendur, dan sebagainya. Namun, hakikatnya terlalu banyak kelebihan menyusu yang anda mungkin tidak tahu. Kalau betul sayangkan si manja anda, apa salahnya berkorban selama sekurang-kurangnya sehingga usia mereka enam bulan untuk memastikan mereka mendapat zat secukupnya dari susu ibu. Jom kita baca apa KEBAIKAN SUSU IBU buat bayi anda: 1. Mencegah alahan dan eczema Bayi yang lahir dari keluarga yang menghidap ekzema lebih cenderung mendapat penyakit yang sama namun ia boleh dicegah dengan susu ibu. Protein dalam susu lembu dan soya boleh menyebabkan alahan manakala protein dalam susu ibu senang dihadam. Oleh kerana susu ibu senang diuraikan oleh sistem badan maka ia adalah lebih baik bagi perut bayi berbanding susu formula. Kita jarang mendengar bayi yang minum susu ibu sahaja mengalami sembelit, tetapi sebaliknya bagi pengambilan formula. 3. Mengurangkan
risiko virus, jangkitan salur kencing, telinga dan pernafasan Pneumonia, selesema dan virus jarang berlaku dalam kalangan bayi yang meminum susu ibu. Manakala, bayi yang mengambil susu formula lima kali ganda terdedah kepada risiko ini. SIDS atau sindrom kematian mengejut dalam kalangan bayi semasa tidur lazimnya berlaku pada bayi yang minum susu formula. Hal ini terjadi kerana bayi kebiasaannya tersedak susu sewaktu tidur jika tidak disendawakan dengan betul sebelum mereka tidur. Susu ibu kurang bahaya berbanding susu formula jika tersedak. Kajian juga menunjukkan bayi susu ibu menunjukkan tindakbalas antibodi yang lebih baik terhadap suntikan vaksin berbanding bayi susu formula. Kandungan asid di dalam susu ibu dikaitkan dengan kecerdasan bayi. Bayi susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi susu formula mengikut kajian. Ketika menyusukan bayi dengan susu ibu, ibu akan tahu apabila bayinya kenyang dan boleh menghentikan proses penyusuan serta-merta. Ia berbeza dengan memberi susu formula yang menggunakan botol. Ibu tidak tahu bayi sudah kenyang, dan lambat-laun ini boleh membawa kepada berat badan bayi berlebihan Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sewaktu proses penyusuan adalah amat penting untuk mewujudkan ikatan antara keduanya. Bayi akan rasa lebih selamat dan dilindungi dalam pelukan ibu sewaktu menyusu berbanding apabila diberikan susu formula melalui botol. Kesimpulannya, bayi adalah amanah dari Allah. Ada sebab mengapa Allah jadikan susu ibu itu untuk bayi. Pastinya kerana ia susu terbaik untuk anak anda! Selepas ini, pasti para ibu lebih bersemangat menyusukan bayi masing-masing. -CARI |
20
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT