Memasak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menghasilkan masakan yang enak dan juga berkualiti. Sememangnya tabik hormat yang tertinggi perlu kita beri buat ibu-ibu yang bertungkus lumus menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Walau bagaimanapun, kadang kala tanpa kita sedari masakan yang kita masak itu mungkin tidak menjadi. Mungkin terlebih manis, masin, masam ataupun pedas. Jika sudah terlebih itu dan ini tidak mungkin kita hendak buang masakan itu begitu sahaja kan? Jadi, memetik dari Vemale.com, sebenarnya terdapat beberapa petua yang anda boleh cuba jika masakan yang anda sediakan terlalu manis, masin, masam ataupu pedas. Jom ikuti petua ini: Jika masakan terlalu pedas
Jika masakan yang anda sediakan terlalu pedas, mudah sahaja. Cuba masukkan gula atau madu ke dalam masakan itu dan sesuaikan rasanya. Jika masakan terlalu masin Seandainya masakan yang anda sediakan terlalu masin, anda boleh tambakan sedikit jus lemon, limau nipis ataupun cuka masakan ke dalam masakan anda. Selain itu, anda juga boleh menambahkan gula atau madu. Jika memasak sup, tambakan kentang atau tauhu ke dalam sup anda. Jika masakan terlalu masam Jika masakan yang anda sedikan terlalu masam, tambahkan air dan gula serta sesuaikan rasanya. Jika masakan terlalu manis Seandainya masakan yang anda sediakan terlalu manis, tambahkan sesuatu yang masam seperti jus lemon, limau nipis atau cuka masakan. Tetapi tambah sedikit demi sedikit sahaja. |
20
Bagus |
31
Marah |
22
Terkejut |
20
Sedih |
33
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT