CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Murid Perempuan Rancang Bunuh Rakan, Minum Darah Untuk Penyembahan Iblis

25-10-2018 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3475| Komen: 20

Dua pelajar sekolah di Florida ditahan selepas dituduh merancang pembunuhan pelajar lain di sekolah itu, lapor FOX13.



Dalam kejadian pada Selasa di Bartow Middle School, suspek dikatakan membawa gunting, pisau dan pemotong pizza bagi membolehkan mereka membunuh beberapa pelajar lain sebelum memotong mayat mangsa di bilik air sekolah.

"Mereka mahu membunuh sekurang-kurangnya 15 mangsa dan menunggu palajar lebih muda di dalam tandas bagi memudahkan rancangan mereka dilaksanakan," kata Ketua Polis Bartow, Joe Hall.





Lebih sadis, kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 12 tahun itu juga merancang untuk meminum darah mangsa.

Ketika disoal siasat, kedua-dua suspek mengaku rancangan itu dibuat pada hujung minggu dan mereka melakukannya atas nama 'penyembahan iblis', manakala NBC News melaporkan mereka merancang pembunuhan itu ketika menonton filem seram.

Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit ditemui pembantu pengetua sekolah sebelum sempat melaksanakan rancangan jahat mereka itu.

Difahamkan, kakitangan sekolah pergi mencari mereka selepas salah seorang daripadanya dilaporkan tidak berada di dalam kelas sebelum menemui kedua-dua suspek di dalam tandas berkenaan.

Hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis menemui peta sekolah terbabit dipercayai lukisan mereka sendiri dengan ayat "Pergi bunuh dalam bilik air".


Kredit foto: NBC News

Selain itu, polis turut menemui beberapa kiriman pesanan ringkas dalam telefon bimbit mereka yang membincangkan mengenai rancangan berkenaan.

Salah satu daripadanya menyatakan mereka akan membunuh diri selepas membunuh mangsa.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kanak-kanak berkenaan berdepan beberapa dakwaan termasuk merancang pembunuhan. - CARI
4

Bagus
2

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 25-10-2018 12:09 PM
OMG what the F !!!! Br umur 11-12 taun dh nk plan bunuh 15 org
Quote DeeHanania 25-10-2018 12:17 PM
Makaaiii...
seram lak
Quote adila39 25-10-2018 12:31 PM
ya allah.. .world is getting weird
Quote insulin 25-10-2018 12:33 PM
Hmmm. Advancenya....
Quote paz 25-10-2018 12:33 PM
ini memang sedia azali saiko ke ataupun bosan sangat banyak tengok tv.

Maklumlah nak halloween ni.
Quote Artemesiaa 25-10-2018 12:36 PM
Taksub dengan pilem yang ditonton tampa pengawasan penjaga atau orang dewasa macam tu ler jadinya
Quote ninja9 25-10-2018 01:02 PM
extrem gila kes ni. knp terpengaruh teruk sgt dengan kejahatan dlm filem sedangkan filem biasanya menunjukkan yang jahat itu jahat dan akan kalah. ada plan untuk bunuh diri pulak tu. kanak2 ini tidak normal spt budak biasa. mungkin emosi terganggu secara berterusan, kena siasat ibubapa budak ni untuk tahu kes sebenar..
Quote BedahBedul 25-10-2018 01:10 PM
Kalau mcm ni masa kecik2 ni elok bunuh kasi mampus, takut esok besar jd serial killer
Quote meklalala 25-10-2018 01:18 PM
wow umur 11 12 baru kot..berfikir di luar kotak betul budak budak ni..elok lah dapat tangkap cepat2..bagi kaunseling..semoga anak anak kecik kat malaysia ni tak terpengaruh..
Quote Mary_jane 25-10-2018 01:49 PM
Apa tajuk filem yang bikin budak berdua ni terinspired?
Quote buapakperut 25-10-2018 02:04 PM
kecik2 dah tgk movie hostel kot
Quote gujiwa 25-10-2018 02:05 PM
Gila pengaruh dvd ke ape ni..
Quote pai.kacang 25-10-2018 04:20 PM
kena pengaruh dengan momo ke ape
Quote BoongaKertas 25-10-2018 04:55 PM
budak2 skrg advance. entah bila entah umur penjenayah dewasa kat msia ni nak dikaji semula.
Quote Foxey 25-10-2018 05:41 PM
extremely psychotic
Quote umbut 25-10-2018 05:44 PM
Ciri2 psycopath.. ada je kes budak bunuh budak just suka2.. rasa seronok bila dah bunuh
Quote minguk 25-10-2018 05:46 PM
seriously i ketawa baca news ni..
umur 11 12 dah menyembah syaitan.. apo
orang lain main masak2 lagi,.
hebatnya kamu!
Quote chazey 26-10-2018 09:29 AM
minguk replied at 25-10-2018 05:46 PM
seriously i ketawa baca news ni..
umur 11 12 dah menyembah syaitan.. apo
orang lain main masak2 la ...

Jangan ketawa. Tak menghairankan pun menda ni. Ntah2 mak pak depa satanic dan depa dah biasa terlibat dengan ritual penyembahan syaiton. Ramai satanic di kalangan kokesen itu dan iya, mereka memang terlibat dengan pembunuhan untuk blood sacrifice. Itu salah satu sebab mengapa di Amerika tiap tahun ramai kanak2/orang dewasa dilaporkan hilang.
Quote awexgaban7 27-11-2018 11:33 PM
Gila advanced budak2 nii

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.070842 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top