Kemiskinan memaksa enam beranak terpaksa tinggal dalam stor kedai yang berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad, Jalan Long Yunus Kota Bharu.
Ibu tunggal yang tinggal bersama empat anak Nur Iris Natasya Mohd Khalis, 10, Muhammad Hafiz Danial, 6, Muhammad Hazim, 4 dan Aina Syuhada, 2,dan ibunya Ruzana Ahmad, 53 mendapat keizinan penyewa bangunan kedai berkenaan yang bersimpati dengan nasibnya. Bagaimanapun menurut Harian Metro, Miss Najwa Lipayang, 31, kini terpaksa mencari tempat teduh yang lain kerana penyewa tersebut mahu berpindah pada hujung bulan ini. “Kami tinggal di sini sejak tiga tahun lalu atas ihsan penyewa berkenaan. Kami mula-mula tinggal di situ selepas mengambil keputusan berpindah keluar dari rumah nenek suami di Melor untuk mencari rezeki di Kota Bharu.
“Bagaimanapun, malang menimpa apabila saya diceraikan suami awal Januari tahun ini dan terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara anak yang masih kecil dan bersekolah. “Pendapatan saya yang bekerja sebagai pembantu gerai antara RM20 dan RM25 sehari, hanya cukup-cukup makan saja. Ia bergantung kepada keuntungan jualan yang diperoleh majikan. “Upah itulah yang saya gunakan membeli lauk-pauk untuk mengisi perut kami sekeluarga selain perbelanjaan persekolahan anak.” Wanita yang berasal dari Thailand itu telah menetap di Kelantan sejak 11 tahun lalu selepas berkahwin pada 2007. Tambahnya, stor yang dihuni itu hanya ada satu ruang dan si situlah mereka tidur dan makan. “Apabila hendak membuang air, kami terpaksa menumpang tandas kedai yang terletak beberapa meter dari stor manakala kalau mandi, anak akan mandi di luar rumah.' Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 03011-41-00008747-3 atas nama Nur Airis Natasya atau menghubungi Miss Najwa di talian 016-2552846. -CARI |
15
Bagus |
11
Marah |
25
Terkejut |
21
Sedih |
19
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gujiwa replied at 25-10-2018 09:11 AM
bukan thread ni smlm dah ada ke?
“Bagaimanapun, malang menimpa apabila saya diceraikan suami awal Januari tahun ini dan terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara anak yang masih kecil dan bersekolah.
zulka replied at 25-10-2018 01:19 AM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1129845&extra=
https://mforum.cari.com.my ...
DeLafee replied at 25-10-2018 01:37 PM
Modngengade busyyyyy banhammer musuh-musuh dia jah... Itu mission dia utk jd Moderator... Setakat ...
DeLafee replied at 25-10-2018 01:37 PM
Modngengade busyyyyy banhammer musuh-musuh dia jah... Itu mission dia utk jd Moderator... Setakat ...
ADVERTISEMENT