Memang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti KTM, LRT dan MRT untuk memudahkan pergerakan ke destinasi yang dituju. Masa kemuncak pasti tiap koc tren penuh dan terpaksa berhimpit- himpit dengan orang lain. Walaupun tak selesa, terpaksalah tahan sebab pengangkutan itu sahaja yang mudah untuk diakses terutamanya bagi para pekerja. Pun begitu, ruang yang sempit dan bersesak-sesak macam itu menyebabkan lelaki gatal ataupun pervert senang nak buat kerja tak senonoh mereka. Seperti yang dirakam oleh seorang pengguna Twitter ini, dia memuat naik video seorang lelaki yang sedang menyeluk tangannya di dalam seluar dengan selambanya. Wanita yang merupakan mangsa tersebut telah tampil di ruang komen video tersebut mengaku berasa pelik ketika insiden tersebut cuma dia tak nak cakap apa-apa sebab takut mungkin dia tersalah anggap. Kejadian ini dikatakan berlaku di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya menuju ke stesen LRT Universiti. Dengan kepantasan polis bantuan yang bertugas di LRT Universiti, suspek berjaya ditangkap dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Pihak RapidKL juga menambah "Keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami" bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi. Makin seram rasanya nak naik LRT, berhati-hati yang lain. -CARI
|
14
Bagus |
22
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
25
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 29-10-2018 02:17 PM
bukan melayu ke?
ADVERTISEMENT