CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ditetak Kerana Tuduh Suami Curang

29-10-2018 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4138| Komen: 25

Polis menahan seorang lelaki disyaki menetak isterinya di Ladang Pintasan, Kinabatangan pada jam 10.30 pagi, semalam.

Memetik Berita Harian, lelaki berusia lingkungan 30-an itu bertindak membunuh isterinya kerana berang dituduh mempunyai perempuan lain.



Foto: NSTP

Menurut sumber, suspek gagal mengawal perasaan hingga hilang pertimbangan dan bertindak kejam dengan menetak mangsa.

Ketua Polis Kinabatangan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat yang mengesahkan penangkapan itu berkata, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.

Media sebelum ini melaporkan, siasatan polis mendapati Mangsa berusia 27 tahun itu baru sebulan bekerja sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya tidak bekerja.


Difahamkan, kedua-duanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan mangsa dipercayai dibunuh kira-kira jam 8 pagi Sabtu, namun laporan hanya dibuat jam 8.45 malam hari sama.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu,” katanya.

Selain mendapati kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala, tiga jari kanan mangsa putus, manakala pergelangan tangan kanannya hampir putus dipercayai ditetak.

Tambah A Sahak, Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI
10

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 29-10-2018 08:22 AM
Biasanya klu betul je marah tahap dewa.. sah le laki ko ada pempuan lain.. kesian ko jadi mangsa..
Quote rosasa 29-10-2018 08:24 AM
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya tidak bekerja.



keparat punya jantan
Quote jue10 29-10-2018 08:27 AM
smlm bc kt fb kata nye jantan ni menganggur xkje. bini kje, bini bg mkn msakkn sup ayam, jantan ni mkn dadah.

ptt pagai cm haram jadah. xde mknanye ko mrh kena tuduh ada ppuan lain.

pagai mcm haram!

kesian bini dia tu tersalah pilih laki.
Quote haryatie 29-10-2018 08:27 AM
mmg sah ada la tu
kalau tak kenapa nk marah sgt mcm org gilaaa
Quote bbalik 29-10-2018 08:31 AM
perbuatan itu mengiyakan kelakuannya
Quote Bedah.Cun 29-10-2018 08:35 AM
Dasar jantan kebaret. Puki mak ngkauuu lah
Quote lonely_surina 29-10-2018 08:43 AM
mcm yea2 jer mangsa menuduh ko ada pompuan lain, dgn tak keje n penagih sapa yg nak..

“Ia berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

kalo ini makanan yg mangsa nak makan, ko mmg lelaki yg celaka sgt..
Quote manehnya 29-10-2018 08:59 AM
MMG TERBUKTI ADA PEMPUAN LAIN LA TUU...

Quote paz 29-10-2018 09:07 AM
Kan dah jadi pembunuh, akibat tak reti kawal emosi and ikut hati aja.
Quote niena90 29-10-2018 09:12 AM
Eeeeee penganggur pun ade hati nak curang? Ko tabur ape kat gf ko tu kalau duit pun takde?
Quote mieymiey 29-10-2018 10:37 AM
Dah la bini yang kerja, bini dah siap masak nak kasi ko makan. Babi punya biawak! Semoga ko mereput dalam penjara!
Quote botol_tritan 29-10-2018 11:00 AM
kesiannya. semoga kena hukuman gantung je lelaki mcmni. rasa trauma pulak nak mkn sup ayam lepas ni.
Quote arm_band 29-10-2018 11:01 AM
dah la PATI, biawak hidup pulak tu. nahh sekarang ko teruslah jadi biawak dalam lokap sana
Quote auntyaya 29-10-2018 11:07 AM
nie semua case taik dadah ler .. kesiannn family mangsa
Quote Keropok12 29-10-2018 11:55 AM
Masyaallah ape nak jadi ni
Quote meklalala 29-10-2018 12:29 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
Quote myakayina 29-10-2018 12:35 PM
ngilunya tengok pic tu..   klu aku jadi bini dia..mmg aku alu2 kan pompuan lain utk ganti tempat bini tu.. merasa la ko plk layan biawak hidup tak sedar diuntung.. tak yah susah2 nak gaduh tuduh itu ini..ada pompuan lain biar dia berambus dari hidup ko..aman tenang hidup..

Quote jazaa100 29-10-2018 12:37 PM
jue10 replied at 29-10-2018 08:27 AM
smlm bc kt fb kata nye jantan ni menganggur xkje. bini kje, bini bg mkn msakkn sup ayam, jantan ni m ...

Pompuan ni, satu je pantang nya....
Jgn ada pompuan lain....

Tak keja ke, penagih dadah ke...bewak pun tak pe....sanggup dorang tanggung.....bkn main sayang lagi....tapi klu ada pompuan lain, akn perang besar....

Ni jantan haprak.....dah lah wife keja teruk, masakkn sup ayam lag....blh di bunuhnya....
Quote ad_hoc79 29-10-2018 12:43 PM
semoga pengadilan yang setimpal

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.117926 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top