Tidak mahu meninggalkan keluarganya bersendirian di dunia, seorang bapa menembak mati isteri dan anak-anak, termasuk anjing peliharaannya. Dua keping nota bunuh diri yang ditinggalkan menytakan dirinya sudah terlalu penat tapi menyayangi isteri dan anak-anaknya.
Media tempatan melaporkan, kejadian yang berlaku di bandar Sumatera Selatan itu menyaksikan Fransiskus Xaverius Ong, 45 membunuh Margereth Yentin Liana, 43, Rafael Fransiskus, 18 dan Kathlyn Fransiskus, 11. Menurut pembantu rumahnya, Dewi, pada malam sebelum kejadian, Ong minum kopi sambil bermain piano. Dewi memberitahu pihak polis yang Ong hanya akan bermain piano apabila mempunyai masalah.
Ong juga telah memanggil semua pekerja syarikatnya serta pembantu rumah untuk memberi wang kepada mereka. Dia juga memberi mesej kepada kepada kumpulan Whatsapp sekolahnya, meminta kemaafan dan meminta agar hanya perbuatan baiknya yang dikenang. Pada keesokan paginya, pemabantu rumah yang dikenali sebagai Sarah cuba mengejutkan Kathlyn. "Sarah melihat darah di atas bantal apabila dia cuba kejutkan Kathlyn. Pada mulanya, dia fikir ia adalah darah dari hidung, tetapi kemudian dia melihat darah itu dari kepala Kathlyn. Ketua Polis Sumatera Selatan, Inspektor Jeneral Zulkarnain Adinegara berkata, menurut hasil bedah siasat dan siasatan saintifik, Ong telah merancang pembunuhan itu ddengan berhati-hati. "Berdasarkan (penemuan) analisis residu tembakan, ia menunjukkan bahawa Fransiskus yang mencetuskan kejadian," katanya pada Jumaat. Fransiskus menembak isterinya dahulu di bilik tidur mereka. Dia kemudian berhenti sebentar, duduk di luar bilik dan menyalakan sebatang rokok. "Kita menemui puntung rokok dengan sebahagiannya diliputi darah, serta kesan kopi di luar bilik tidur. Kita andaikan dia merokok rokok dan memikirkan tindakannya sebelum meneruskan pembunuhan anaknya," kata Zulkarnain. Dia kemudian dikatakan pergi ke bilik tidur anaknya di tingkat dua dan menembaknya di kepala ketika anaknya sedang tidur. Mangsa terakhir adalah anak perempuannya, yang didakwa ditembak dari jarak dekat. Polis percaya selepas membunuh isterinya dan anak-anaknya, Ong membunuh anjing perliharaan keluarga itu dengan melemaskannya di dalam tab mandi. Selepas itu dia kembali ke bilik tidurnya, mengunci pintu dan menembak dirinya sendiri. Motif pembunuhan masih belum diketahui tetapi mengesyaki yang Ong telah bertengkar dengan isterinya yang menuntut cerai kerana menuduh Ong mempunyai hubungan sulit. -CARI
|
21
Bagus |
18
Marah |
27
Terkejut |
17
Sedih |
17
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dauswq replied at 28-10-2018 08:55 PM
tadi nak post pasal berita ni tp terlupa lak
kat malaysia ade tak kes bunuh sekeluarga sebegini ...
dauswq replied at 28-10-2018 08:55 PM
tadi nak post pasal berita ni tp terlupa lak
kat malaysia ade tak kes bunuh sekeluarga sebegini ...
ADVERTISEMENT