CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Lahir Sudah Kaya, Wany Hasrita Tak Mahu Jadi Penyanyi

29-10-2018 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 4239| Komen: 16|Original author: Oleh: Amirah

Mendapat gelaran Bintang Paling Popular di anugerah tersebut menjadi detik manis dalam hidup Wany Hasrita yang memilih bidang nyanyian sebagai kerjayanya.

Dia sendiri tidak menyangka bahawa akan menerima anugerah itu. Siapa sangka sudah tertulis itu rezekinya pada malam tersebut walaupun banyak pihak mempersoalkan.

Foto: IG Wany Hasrita
Dia juga berkongsi menjadi penyanyi bukanlah kerjaya yang mudah. Dia juga mendapat kecaman hebat dari netizen hingga memberi kesan kepada keluarga.

"Biasa mereka akan cakap, kau ni perempuan seeloknya mana boleh menyanyi. Mak bapak kau tak ajar ke, tak ajar agama ke. Tapi mereka tak tahu apa yang kita alami. Kita bukan saja-saja.

"Menyanyi susah sebenarnya. Menyanyi tak senang. Hari-hari show, bukannya kita boleh maintain prestasi. Kalaulah saya dilahirkan kaya, saya tak akan memilih jadi penyanyi," katanya kepada mStar Online.



Sebelum dia bergelar penyanyi, hidupnya bersama keluarga memang susah. Akibat kesempitan, dia dan ibu hanya memakan roti bakar selama seminggu demi meneruskan hidup.

Tambahnya lagi, persepsi masyarakat sering memandang kehidupan artis ini diselubungi glamor, cantik dan mendapat pelbagai tajaan.


Tapi segala dugaan yang ditempuhi mereka tidak pula mahu mengambil tahu. Wany menekankan dia juga mempunyai tanggungan dan tanggungjawab pada keluarga seperti orang lain.

Janganlah dipertikaikan rezeki orang. Doakan sahaja yang baik-baik. Moga Wany terus melipatgandakan usaha untuk mencipta lagi banyak kejayaan selepas ini. - CARI
17

Bagus
5

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Margarita 29-10-2018 12:45 PM
Mcm tak lama je dia ni dalam industri.... awal2 dah bagitahu jd penyanyi bukan sebab minat nak menyanyi... tapi sebab duit semata2... bukan sebab passion...
Quote princessmiang 29-10-2018 12:46 PM
Menyanyi pun macam bunyi ekzos kereta bajak kato punca jalan jem mana lah orang tak pertikai kemenangan ko burong oi
Quote Tweety_Senrose 29-10-2018 12:49 PM
kalau sedar diri xkaya pegi lah blajar elok2. kau jdi retis pun entah2 sebab malas nak blajar je maka commercial kn diri je lah walaupon kampongan.com.... your abp dah basi wany, xde makna pape pun
Quote qusairy 29-10-2018 01:01 PM
klo x de passion so mesti x de minat nk improve jgk smpi bila2 hauk nyanyian live ko dek. One of Bintang Popular yg bakalan tenggelam.
Quote roti_banjir 29-10-2018 01:15 PM
Tweety_Senrose replied at 29-10-2018 12:49 PM
kalau sedar diri xkaya pegi lah blajar elok2. kau jdi retis pun entah2 sebab malas nak blajar je mak ...

aku nih tak ler minat si Wany Hasrita sore halus nih, tapi untuk kondem kata dia malas nak belajar tuh aku rasa mcm tak adil kot....

dia abis jer belajar, ada degree dalam Sains Perubatan dan memang ada planning nak sambung belajar lagi.... nih ramai jer yg tau kot.... masa dia grad pon ramai jer yg cover citer dia....
Quote sheqim 29-10-2018 01:31 PM
Dia ni bakal doktor eh?
Quote buragazz 29-10-2018 01:57 PM
Biasa la orang kita cepat naw2 mengadili...
Quote hyie 29-10-2018 02:14 PM

yang ni bukan degree MBBS untuk jadi doktor, tapi sekadar sains perubatan biasa yang tak membawa gelaran Doktor Perubatan.
Quote Tweety_Senrose 29-10-2018 02:22 PM
Edited by Tweety_Senrose at 29-10-2018 02:25 PM
roti_banjir replied at 29-10-2018 01:15 PM
aku nih tak ler minat si Wany Hasrita sore halus nih, tapi untuk kondem kata dia malas nak belajar ...


ye iols tau wany dpt degree tu. Tapi tengoklaa statement bukan main seolah2 menyanyi tu adalah satu2 nya cara untuk dpt duit. Pastu ckp pulak klau kaya dia xkan pilih jdi penyanyi. Dia ingat jadi penyanyi tu equal to kaya ke? Music industry bukannya senang, banyak saingan dan kena sentiasa up dlm industry.

"Menyanyi susah sebenarnya. Menyanyi tak senang. Hari-hari show, bukannya kita boleh maintain prestasi. Kalaulah saya dilahirkan kaya, saya tak akan memilih jadi penyanyi," katanya kepada mStar Online.

Tu statement wany kan. Statement mcm tu lah seorang penyanyi xpatut keluarkan. Tau menyanyi tu susah tapi jgn laa smpai nak kata klau dia kaya xnak jadi penyanyi. Banyak je penyanyi masani kaya, tpi xquit pun industri muzik. Ada juga penyanyi yg ramai org kenal tpi ada masalah financial jugak. Sebab mostly org yg betul2 nak menyanyi ni ada passion. Dia boleh pulak ckp mcm tu seolah2 menyanyi ni senang dpt duit. Ye lah, dia senanglah dpt job, muka siap, suara ok2 je walaupun kurang. Tengoklah penyanyi lain yg susah2 nak upkan diri, kesian tau. Kalau betul wany xsuka jadi penyanyi, sementara nama up ni buatlah bisnes. nama dah ada, tinggal buat perlahan2 ja lagi. Kalau bisnes dah stable boleh la quit.

Wany ni buat statement mcm tu rasanya sebab kena kecam je masa abpbh tu. Ramai ckp suara wany hausss di lautan dan mcm2 cercaan, maka keluar lah statement konon xnak jdi penyanyi klau kaya. Dia ingat netizen akan pekakkan telinga ke dengar dia nyanyi live dengan alasan sebab dia buat demi duit je. Kalau betul sebab xsuka netizen kondem, improve lah bit by bit. Suara wany bukannya buruk sangat pun, ada je halus2 merdu sikit, tpi kena polish lah. Bukannya skadar nak duit pastu xnak improve sebab dh dpt apa yg kau nak. Your job that u have right now could be someone else's dream, at least respect your job as a singer rather than make it as a money maker semata2.

Edit: btw kn uols, tertengok dp uols tu. Siapa tu? Hot lah jugak
Quote mandak20 29-10-2018 03:01 PM
Suara wany tak merdu pun tapi lenggok2 tu buat jadi unik. Ai faham jer maksud wany, kalau berduit buat apa nak jadi penyanyi, nak hadap kecaman bagai, better nyanyi suka2 jer. Alang2 dah buat nama dalam nyanyian tu, teruskan jer selagi hati masih kental.
Quote meklalala 29-10-2018 09:07 PM
suka tengok wani ni, cantik manis walaupun suara tak power sangat tapi ada lembut dan lenggok..good luck! pandai pandai la bawa diri ya dik wani..
Quote Lula2 29-10-2018 09:12 PM
Tweety_Senrose replied at 29-10-2018 02:22 PM
ye iols tau wany dpt degree tu. Tapi tengoklaa statement bukan main seolah2 menyanyi tu adalah s ...

Tp betul pun cakap dia menyanyi utk kaya..
Tgk la life artis masa tgh top banyak ko duit..
Kalau makan gaji umur2 sheols ni mestilah gaji belum cecah 5k pun..
i ni keje profesional pun idok kaya uolss..
Nasib suara i tak sedap kalau tak i pun jadi penyanyi nak kaya lol..
Quote hijau88 29-10-2018 09:18 PM
Laaaaaa. Patut la suara haus jek. Passion dia bkn menyanyi pown.
Ni la beza artis yg ada passion pd seni, nmpk la hebat.  N yg takde passion sekadar suka2 mcm wany barista. Mmm.
Quote eddysheddy 29-10-2018 09:51 PM
Ntah apa2 la korang ni. Bajet suci semuanya. Betul la buat keje utk dpt duit. Passion tu come together la
Quote nazrul90 29-10-2018 10:12 PM
kalau suara aku not bad, dah lama aku jadi artis memandangkan rupa aku pon ada lah sikit commercial value lol. tapi sebab suara pon bak angsa, so makan gaji aja laa.
Quote RatuDunia94 30-10-2018 02:07 AM
Kalau lahir kaya mmg x layah kerja..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053016 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top