CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Terkejut Gaji Juruteknik Kapal Terbang Sama Dengan Pengawal Keselamatan

30-10-2018 01:27 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16369| Komen: 25|Original author: Oleh: Azza




"Baik aku tak payah sambung study habis SPM dulu, beria ambil sejil kemahiran, last-last gaji sama ja macam kerja jaga."

Begitulah rintihan pekerja berkemahiran yang menghabiskan masa belajar di instititut kemahiran. Ada di antaranya menanggung hutang belajar, barulah mendapat pekerjaan yang sesuai.

Namun, agak menyedihkan apabila gaji yang mereka peroleh sebenarnya sama dengan pengawal keselamatan yang kelayakannya sekadar tamat Tingkatan 3? Malahan banyak syarikat yang menggunakan khidmat pekerja asing membuatkan pekerja berkemahiran ini berasa teraniayai.


Kredit foto: Twitter

Biarpun memegang status pekerja mahir, gaji yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat swasta (dalam konteks ini syarikat penerbangan) memang menggajikan antara RM1,300 hingga RM1,800 sahaja. Walhal kemahiran yang ditawarkan oleh pekerja sebegini bukanlah calang-calang dan jika hal ini berlarutan, mungkin ramai anak muda tidak tertarik lagi untuk menyertai syarikat ini. Hakikatnya bekerja di restoran makanan segera juga boleh mendapat gaji yang lebih tinggi jika bekerja lebih masa. Jadi, kemahiran atau gaji jadi pilihan?



Kredit foto: Carian Internet


"Kerja security paling teruk diri sendiri mati. Tapi kerja juruteknik pesawat, kalau silap ratusan mati."

Jadi, dengan persepsi sebegini, pihak berwajib perlu berbuat sesuatu supaya lebih ramai tertarik untuk menyertai bidang kemahiran ini. Mungkin dengan naikkan gaji mereka seperti yang dilakukan oleh syarikat konglomerat, Petronas, misalnya.



"Security dibayar mahal kerana bekerja 12 jam sehari, ada yang terpaksa bekerja 24-36 jam jika tiada pengganti. Tiada cuti dan tanggung risiko."

Namun, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan perbandingan ini, seperti langit dan bumi sebenarnya. Bagi mereka, kerja pengawal keselamatan berbelas jam sehari dan mereka akan bekerja lebih masa (OT) lebih kurang empat jam setiap hari. Gaji pokok adalah RM1,000 dan dicampur dengan OT, maka ia adalah normal untuk pengawal mendapat gaji hampir RM2,000.

Lagi pula dengan jumlah enam hari bekerja serta OT yang diwajibkan sebenarnya membuatkan kehidupan pengawal agak rigid. Malahan, ada syarikat keselamatan yang sewenang-wenang memotong gaji pekerjanya jika berlaku sedikit kesilapan.




Rupa-rupanya bukan pekerja mahir sahaja yang dibayar gaji sama dengan pengawal keselamatan, tetapi industri lain seperti bidang kesihatan dan juga peguam turut mengalaminya.

Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat gaji tersebut adalah sesuai buat permulaan. Ini kerana gaji juruteknik tersebut makin lama akan naik juga berbanding pengawal keselamatan yang sukar naik. Jadi janganlah dibandingkan antara kedua-duanya yang ibarat jauh panggang dari api.

Pelbagai pendapat dari segi pro dan kontranya. Anda yang berhak menentukan hala tuju anda sendiri. - CARI 
13

Bagus
16

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 30-10-2018 01:33 PM
tapi tgk skrg ramai budak2 muda local kerja security.. bagusnya sebab budak2 dah tak memilih kerja, and tenaga buruh tempatan dapat dioptimumkan..
Quote prettyuglybabe 30-10-2018 01:40 PM
kesimpulannya tak yah kerja sampai dapat offer gaji setara ceo ke gitu?
Quote moonbug 30-10-2018 02:33 PM
Well, you have to START somewhere
Quote Artemesiaa 30-10-2018 02:38 PM
Mana2 syarikat pun kalau pekerja fresh mesti lebih kurang sebegitu tawarannya.  Tapi bile dah makin lama dan makin banyak pengalaman makin naiklah gajinya nanti.  
Quote Sham143 30-10-2018 02:55 PM
Biar betul gaji mcm tu? Nonsense..
Quote gigimukelabu 30-10-2018 03:59 PM
Bermulalah dari bawah. Melainkan family ada company sendiri. Kekdahnyaa
Quote ayjay 30-10-2018 04:09 PM
Apa bangang punya perbandingan?
Quote mdhelmi 30-10-2018 04:41 PM
ape masalahnya ni?
skrg cari keje mmg susah
yg penting pengalaman 2 3 tahun
pastu barula bole demand tinggi tempat lain
kalo fresh sape nk byr tinggi
balik2 kantoi main fb dgn insta jugak
Quote cmf_premierleag 30-10-2018 05:26 PM
moonbug replied at 30-10-2018 02:33 PM
Well, you have to START somewhere

betul tu
tp biasalah...bbnu skang sume terpengaruh dgn drama slot akasia tv3...masuk opis je KENA ada bilik sendiri konsepnya
padahal in reality, zaman skang sume opis pakai cubicle jah
SVP level pun duk cubicle je sbb senang nak communicate with each other
ni konsep opis zaman skang
Quote Fazzbulous 30-10-2018 11:42 PM
Itu belum tgk gaji bangla n indon dekat site... Kikikikiki....
Quote sarahmirza 30-10-2018 11:58 PM
cmf_premierleag replied at 30-10-2018 05:26 PM
betul tu
tp biasalah...bbnu skang sume terpengaruh dgn drama slot akasia tv3...masuk opis je KENA ...

Kat site ada sorang engineer fresh kerja dgn kontraktor.
Dalam meeting kena tembak kiri kanan..
Lepas meeting, kita orang bagi tau dia.. kami pun dulu macam awak.
Akak ni dulu keje gaji rm1.3k, turun naik scafolding, jaga slump sampai malam..  bukan terus senang kerja macam skrg tau.
Quote RatuDunia94 31-10-2018 01:14 AM
cmf_premierleag replied at 30-10-2018 05:26 PM
betul tu
tp biasalah...bbnu skang sume terpengaruh dgn drama slot akasia tv3...masuk opis je KENA ...

Deols terpengaruh dgn drama Mawar Murni kot.. abis study terus dpt kerja kat company besar.. tup2 tuan syarikat nk wariskan company plak terus jd CEO duk pejabat besar.. hahaha..reality betul drama tu..
Quote rainbowrainz 31-10-2018 02:20 AM
Kerja skrg susah nk cari
Quote Supersirap 31-10-2018 09:30 AM
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan pada masa yang sama pastikan amanah dijalankan dengan tertib
Quote chinta89 31-10-2018 11:33 AM
kerja ape2 pun gaji mmg permulaan agak rendah... jgn demand sgt, cubalah buat perbelanjaan berhemat.
Quote chinta89 31-10-2018 11:36 AM
RatuDunia94 replied at 31-10-2018 01:14 AM
Deols terpengaruh dgn drama Mawar Murni kot.. abis study terus dpt kerja kat company besar.. tup2  ...

phewwww tu ke cter MM? iols x tgk drama tu.


mana drama skg tak menceritakan realiti. hampeh. bagus drama dulu2. psl kehidupan kat kg, rakyat marhein etc.
Quote mamapea 31-10-2018 12:10 PM
budak2 degree fresh graduate kt ofis aku ni gaji 2k jer...
keja je la...nk buat mcmana..yg penting cari experience dulu...
Quote RED 666 31-10-2018 12:26 PM
Edited by RED 666 at 31-10-2018 12:27 PM

Kerja gomen jugaklah yg agak besar zaman skrg ni. Peon pmr je baru masuk gaji cmpur elaun dah dekat2 rm2k. Sedih tgk gaji swasta skrg
Quote hyie 31-10-2018 05:42 PM
menuntut ilmu tu bukanlah untuk dapat kerja yang meletop dikkk...bila abes belajar dan kau tak dapat kerja seperti yang kau imaginasikan, tu yang kau merungut bla3...padehal pointer pon cam taik ada hati nak demand, belum lagi cakap pasal skill

sangat berbeza apabila kita berhujah dengan orang yang berilmu dengan yang sebaliknya...meols kat tempat kerja terpaksa berhadapan dengan spesies melayu bimbo yang setiap kali buat kerja mesti akan buat silap, at least sekali, walaupun baru explain seminit yang lalu.

Tapi masa iols keje company cina sebelum ni, takde pulak isu ni..tu lah, keje dengan melayu memang kena banyak bersabar sebab diorang malas sikit berfikir guna otak...ewwww...

kepada fresh grad, bermulalah dari bawah cari pengalaman...agittewwwww

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.096381 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top