CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

7 Artis Alami Perkara Mistik, Kukuhkan Dakwaan Pentas Gegar Vaganza Berpuaka

30-10-2018 12:56 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13725| Komen: 62|Original author: Oleh: Saiful

Kecoh bila Zamani gagal membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza gara-gara masalah suara.

Keadaan ini menguatkan lagi dakwaan yang pentas GV sememangnya mempunyai unsur mistik.


Ini termasuk dakwaan peserta yang berasa pening dan mahu pitam, selain ada yang terhidu bau busuk kemenyan.

Selain Zamani, artis lain yang pernah dikaitkan dengan unsur-unsur mistik dalam Gegar Vaganza iaitu antara bekas peserta tersebut ialah Syura (GV4), Elly Mazlein (GV3), Liza Hanim (GV4), Zur Eda (GV3), Siti Sarah (GV3) dan Amelina (GV5).


Menurut mStar Online, ini adalah senarainya:

1. Zamani (hilang suara)



Zamani mula hilang suara pada petang sebelum konset dan penyanyi ini hanya membisu ketika persembahan.

2. Amelina (anggap tekanan perasaan)


Amelina panik bila tiba-tiba dia kehilangan suara sedangkan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan.

"Demam tiada sakit tekak pun tiada.. Mungkin kerana stres kot sampai suara hilang. Kaklong (Amelina) ni memang manja sikit, ada je sakit nak datang dalam waktu macam ni. Nasib baik manager ada terus bawa ke klinik walaupun semua dah panik," tulisnya di Instagram.

3.Syura (berat badan susut)


Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 32, memberitahu berat badannya turun sebanyak 12 kilogram tanpa sebab.

"Pada mulanya saya rasa biasa sahaja bila diserang penyakit itu. Tapi semakin pelik bila saya masuk GV4, berat badan saya menurun. Nak kata saya tak makan, saya makan saja macam biasa.

"Alhamdulillah selepas Bob bawa saya pergi berubat secara tradisional, tak ada perkara yang aneh berlaku. Saya pun tak alami benda ganjil atau mimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini."

4.  Elly Mazlein (terima gangguan aneh)


"Tiga minggu sakit tidak pulih walhal setiap hari saya ke klinik ambil suntikan dan berubat. Semasa konsert ada doktor datang untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik."

5. Liza Hanim (hilang fokus)



"Saya sendiri yang serabut barangkali dan saya terima kesilapan diri sendiri, dalam pertandingan ada masanya emosi dan perasaan gementar itu boleh mempengaruhi semua perkara termasuk persembahan.

"Memang benar ada sedikit gangguan dalam minggu tersebut tapi Alhamdulillah, pada konsert minggu seterusnya saya berjaya mendapatkan diri saya semula.

"Bagi saya tidak ada gangguan daripada segi mistik atau seumpamanya pun. Kalau terlalu memikirkan perkara itu nanti datang stres lain pula."

6. Siti Sarah (pengsan selepas persembahan)


"Tidak ada kena-mengena dengan perkara mistik. Apa yang disebarkan itu hanya cakap-cakap orang. Kalau nak tahu, ia sebab saya lalai dan terlalu sibuk sampai terlupa nak makan.

"Persembahan lagu duet bersama Rahmat Mega menerusi lagu Bunga Angkasa memerlukan tenaga yang banyak ditambah lagu itu bernada tinggi. Disebabkan mencuba sehabis baik menyebabkan saya pengsan."

7. Zur Eda (dituduh guna bomoh)


Dituduh menggunakan khidmat bomoh untuk kekal dalam rancangan.

"Hanya kerana imej dan pernah tampil dengan gaya rambut serabai ala-ala 'mak lampir', ada pihak telah melemparkan fitnah kononnya saya terlibat dalam perkara tahyul selain turut membomoh peserta lain dalam GV3.

"Tuduhan sebegitu agak keterlaluan yang boleh saya katakan antara fitnah terburuk pernah saya terima sekali gus mencalarkan reputasi saya sebagai anak seni." -CARI
20

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fahima80 30-10-2018 01:01 PM
Dahsyat sangat setiap musim ada yang pakai mak esah. Hahaha. Sebenarnya peserta ni semua stress jek. Pertandingan kan, makan tidur maybe tak cukup pastu ada komitmen lain pulak di luar pertandingan. Semua tu la mempengaruhi kesihatan tambahan pulak peserta2 ni otai, bukannya budak2 muda macam Big Stage. Even masa Big Stage pun siap ada yg pengsan (Baby Shima) dan demam panas (afieq), batuk2 (sarah dan wani) apatah lagi geng2 dah berusia, badan dah kurang kuat ni
Quote Mary_jane 30-10-2018 01:14 PM
Tak pasal2 mak esah kena tuduh.
Quote idolfan 30-10-2018 01:16 PM
hahah kelakar iols baca thread ni..
Quote fahima80 30-10-2018 02:01 PM
Mary_jane replied at 30-10-2018 01:14 PM
Tak pasal2 mak esah kena tuduh.

Kan..hahahaha. tak pasal2 mak esah dituduhnya. Dah sah2 masing2 dah tua badan tak kuat sangat utk pertandingan. Stress
Quote mieymiey 30-10-2018 02:02 PM
Taktau nak komen apa
Quote laksmanabentan 30-10-2018 02:03 PM
kesian mak esah... tersedak dia kat rumah tu...
Quote doubleA 30-10-2018 02:04 PM
Kelakonya. G masuk bod mps lebih sesuai

Quote merahrose 30-10-2018 02:05 PM
xda benda lain ke nk cita.. Bodoh la spa caya mistik cmni...dh letih mcm2 jd kt bdan..natural effect
Quote umbut 30-10-2018 02:06 PM
Faktor usia kot.. masing2 dah kertu.. masuk bertanding pulak... stresss.. balik rumah urus baju x berlipat, rumah bersepah
Quote CrowneGlory 30-10-2018 02:07 PM
dan2 la tuduh mak esah fefeling diri best sangat...
Quote sharlenetexas 30-10-2018 02:10 PM
Kalau yg memang nyanyi tak sedap tu? Elite?
Quote beautifulliar 30-10-2018 02:11 PM
Myampah meols sesikit nk kaitkan mistik plbagai.meleis skrg mmg rmai yg spesis very the tabur garam.

P/s: bakpe la cameraman ambik gmbar sarah dr bawah gitu. idung she dh la pelik
Quote eely_shana 30-10-2018 02:20 PM
Hahahaha... Seram la haiiii gv tahun ni
Quote LadyDiddy 30-10-2018 02:31 PM
Takde maknanya lah mak esah bagai...padahal diorang tu penat...sebelum ni dah lama tak aktif nyanyi pastu tetiba kena perform every weeks....tak cukup rehat...stamina dah kurang..
kesian zur eda tak memasal kena tuduh mak esah
Quote gummiebear 30-10-2018 02:47 PM
Faktor usia jah sebenarnya.. letih kurang rehat itu yang sakit2
Quote ayjay 30-10-2018 02:55 PM
Shinichikudo replied at 30-10-2018 01:15 PM
Hmm stress je pun dikatanye mistik

Please jangan bagi qieqiepropa any ideas. Lepas ni dia gimmick kena buatan pula utk promote lagu baru
Quote fahima80 30-10-2018 02:57 PM
LadyDiddy replied at 30-10-2018 02:31 PM
Takde maknanya lah mak esah bagai...padahal diorang tu penat...sebelum ni dah lama tak aktif nyanyi  ...

Kan..Zur Eda la paling kesian tak pasal2 kena tuduh semata2 sebab rambut dia. Hahaha
Quote LadyDiddy 30-10-2018 03:05 PM
fahima80 replied at 30-10-2018 02:57 PM
Kan..Zur Eda la paling kesian tak pasal2 kena tuduh semata2 sebab rambut dia. Hahaha

Haha tu la...tak pasal2 je...nasib baik azza sireh tak kena tuduh sekali...dah kata nyanyi macam baca jampi serapah kan
Quote nipskacang 30-10-2018 03:07 PM
Aduhaiiiii ade jugak la nk bg alasan mcm ni

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.063587 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top