Keluarga seorang penuntut yang maut tercekik ketika makan penkek dalam pertandingan di universitinya pada 2017 memfailkan saman terhadap Universiti Sacred Heart, Fairfield, Connecticut.
Memetik METRO, ibu mangsa, Roseanne Nelson memfailkan saman itu pada Isnin kerana tidak mahu anak muda lain mengalami nasib sama seperti anaknya, Caitlin Nelson, 20. Caitlin meninggal dunia pada Mac, 2017 apabila dia tercekik dalam pertandingan makan penkek anjuran universiti berkenaan. Menurut laporan media tempatan, polis dan paramedik yang tiba di lokasi gagal mengeluarkan penkek yang tersekat di dalam mulut dan tekaknya kerana ia sudah memenuhi ruang mulut seperti 'konkrit'.
Lantaran itu, mangsa mengalami kesukaran bernafas dan meninggal dunia akibat asfiksia (lemas). Difahamkan, Caitlin merupakan anak kepada anggota polis yang terkorban dalam peritiwa 9/11. Peguam yang mewakili Roseanne, Katie Mesner-Hage berkata, pertandingan sedemikian sebenarnya jauh lebih berbahaya daripada yang disangkakan. Sementara itu, Nelson berharap agar sebarang pertandingan dianjurkan selepas ini menukar kepada makanan lain seperti aiskrim yang lebih mudah mencair dalam mulut sebelum ia menghalang pernafasan seseorang. - CARI
|
18
Bagus |
41
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
21
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 31-10-2018 11:43 AM
banyaknya je sekarang program sapa makan paling pelahap gelojoh nih.. meols memang takut sangat-sang ...
Themilo replied at 31-10-2018 11:43 AM
banyaknya je sekarang program sapa makan paling pelahap gelojoh nih.. meols memang takut sangat-sang ...
ADVERTISEMENT