Memang biasalah masa mengandung, si isteri akan mengidam macam-macam. Kadang-kadang mengidam benda yang tak masuk akal langsung. Tapi sebagai mithali, kenalah layankan permintaan si isteri sebab siapa tak sayang isteri kan? Sama juga kisahnya dengan seorang pengguna Twitter ini apabila dia meminta bantuan orang ramai kerana isterinya mengidam nak makan nasi lemak. Apa yang susahnya mengidam nasi lemak kan? Permintaan si isteri ini dikira unik sebab dia teringin nak makan nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat AirAsia iaitu Nasi Lemak Pak Nasser. Jenuh! Si suami yang bakal mendapat anak ketiga ini turut berkongsi perbualan whatsapp diantaranya dan isterinya yang betul-betul teringinkan nasi lemak tersebut. Tak sangka tweet tersebut telah tular dan mencuri perhatian pihak AirAsia sendiri. Si suami ni memang kategori romantiklah sebab dia bersungguh-sungguh nak penuhi permintaan isteri kesayangan yang kandungannya dah masuk bulan ke tujuh itu sampai nak tempah penerbangan yang murah dalam masa terdekat. Ramai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap masalah ini, sampai ada yang sanggup tolong belikan nasi lemak tersebut semasa penerbangan mereka. Bagus betul. Update terbaru menunjukkan yang seorang kru kabin AirAsia telah membantu si suami mendapatkan nasi lemak tersebut dan isterinya pun telah dapat menjamahnya. Seronoknya dapat suami yang prihatin macam ni -CARI
|
18
Bagus |
19
Marah |
18
Terkejut |
23
Sedih |
16
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT