CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Tengok Perempuan Seksi, Pemungut Sampah Tayang Kemaluan

1-11-2018 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4074| Komen: 14|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tergamak menunjukkan kemaluan kepada wanita di luar pagar sekolah, seorang pemmungut sampah ditahan pihak berkuasa.

Tindakan tidak senonoh tersebut disedari oleh beberapa orang awam serta pengawal keselamatan berhampiran.


harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu itu menyaksikan suspek berusia 25 tahun diserahkan kepada polis pada pukul 9 pagi.

Difahamkan suspek sudah tiga kali melakukan perbuatan yang sama di sekolah berkenaan.

Gambar Hiasan
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, suspek berjaya ditahan ketika menunjukkan kemaluannya sambil melakukan perbuatan tidak senonoh di tepi kereta dinaiki wanita yang juga ibu kepada murid di sekolah berkenaan.


“Ketika kejadian, wanita itu berada di dalam kenderaannya bersendirian sebelum menyedari kehadiran seorang lelaki yang sedang memerhatikannya sambil membuat perbuatan tidak senonoh.

“Apabila disoal siasat, lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahan melihat wanita seksi.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis merampas telefon bimbitnya untuk siasatan lanjut."

Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan atau kelucahan melampau. -CARI
11

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 1-11-2018 11:02 AM
Sumbat je dia dlm lori sampah tu
Quote tanakkampung1x 1-11-2018 11:03 AM
Lagi lagi cerita kemaluan, lucah, onani..

Tak ada cerita lain ke?
Quote prettyuglybabe 1-11-2018 11:33 AM
kalau dah gila seks tu, pompuan berkelubung pun dia nampak tengah bogel..
Quote EvieWanKenobi 1-11-2018 12:38 PM
spesis macam ni bahaya keluar rumah..
Quote zuuu 1-11-2018 04:30 PM
Ko dh knapa????pompuan tu antar anak dye g sekolah pakai bikini ke???haram sungguh perangai,pecat je org camni nnti xpasal students pulak yg jadi mangsa
Quote Manjahati 1-11-2018 04:36 PM
X senonohnya perangai ko dek
Quote lalabeez 1-11-2018 05:53 PM
{:cryrun Aku rase nak pakai telekung je la camni.
Quote refa 1-11-2018 10:30 PM
Penyakit betul orang sekarang ni ...
Quote nenekglamer 2-11-2018 03:51 AM
Harap2 xde sesapa yg anjurkan mamat gile ni berkawin kononnya supaya nafsu terkawal. Rasanya xde kot pompuan siuman yg sanggup jadi bini kpd lelaki yg xleh kawal bebirdnya.
Quote jerukkedondong 3-11-2018 01:02 PM
Kesian nya manusia macam ni
Quote cm_matjawasp 3-11-2018 02:31 PM
Lumur ja pistol dia dengan minyak tomoi, baru dia melolong..gatai sangat.
Quote samasam90 3-11-2018 02:36 PM
malangnya, ada juga yg berfikir perempuan yg seksi tu bersalah.. maka harus berkelubung..
Quote ninja boy 3-11-2018 03:04 PM
Lumur aja dgn samyang 5x pedas
Quote chicozinn 3-11-2018 03:09 PM
ninja boy replied at 3-11-2018 03:04 PM
Lumur aja dgn samyang 5x pedas

Aduh, trus loya mkan samyang ngn hotdog pasni...hehe

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033041 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top