Kewujudan perkhidmatan dobi layan diri yang semakin berkembang di Malaysia sememangnya meringankan beban dan semakin mendapat permintaan di kalangan isi rumah.
Bagaimanapun, perkongsian terbaru daripada seorang pengguna Facebook baru-baru ini menimbulkan rasa sangsi pengguna terhadap kebersihan mesin dobi layan diri. Menurutnya, terdapat seorang pengguna mesin berkenaan dengan selamba mencuci kain alas kucing yang sangat kotor dan dipenuhi najis haiwan itu. Difahamkan, wanita berkenaan membasuh kain terbabit di dobi kerana tidak mahu ia bercampur dengan pakaian bayi dan anak kecilnya di rumah.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai respons di kalangan netizen dan ramai di antara mereka mengecam tindakan wanita terbabit yang dilihat seperti mementingkan diri sendiri. Alahai, kenapa pentingkan diri sangat cik kak oii Berikutan itu, beberapa pengguna berpendapat peraturan di kedai dobi layan diri perlu diperkemaskan lagi. Pun begitu, tidak semua bersetuju kesalahan diletakkan sepenuhnya di atas individu berkenaan. "Dobi kegunaan ramai, basuh kat rumah kalau tak nak bercampur segala kotoran" Automatic sanitizer Setiap perkhidmatan yang menjadi kegunaan dan dikongsi ramai perlulah berhemah serta berdisiplin ketika menggunakannya. Tapi, kalau nak lebih yakin basuh sajalah di rumah, kan? - CARI
|
17
Bagus |
22
Marah |
23
Terkejut |
31
Sedih |
25
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 1-11-2018 05:20 PM
Yg komen 'mesin basuh akan bilas at least 3 kali' tu kata org bodoh tp sebenarnya dia yg bongok. Kt ...
chazey replied at 1-11-2018 07:41 PM
Anjing takleh bawa masuk dobi. Wujudnya dobi Moslem only pon, dengan niat asal tanak pakaian kepir ...
paz replied at 1-11-2018 08:45 PM
Pengakuan kenalan Paz yang dia hanya basuh alas kaki and rugs kat laundry aja.Terus Paz macam eh ken ...
cik_sssara replied at 2-11-2018 12:06 AM
Jenis penting diri sendiri. Tak fikir panjang. Itu baru pengakuan sendiri, yang tak mengaku? Macam ...
ADVERTISEMENT