Ucapan tahniah menghujani ruang komen di Instagram Raja Ilya sebaik sahaja dia mendedahkan status hidupnya kini yang sudah menjadi tunangan orang.
Dia mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, pihak media dan peminat yang mendoakan dirinya selama ini.
Terserlah kebahagiaan Raja Ilya yang bersyukur dengan pertunangan bersama kekasihnya yang dikenali sebagai TWG. Peminat juga seperti tidak sabar untuk melihat artis kesayangan mereka ini melangkah ke gerbang perkahwinan. Apa yang menggembirakan pertunangan ini adalah sebuah kejutan untuknya kerana TWG telah merancang bersama keluarga semasa berada di Pulau Langkawi. "Di pulau itu, teman baik saya mengajak makan malam di sebuah restoran. Saya hanya mengikut. Tanpa diduga, TWG muncul sambil diiringi lagu romantik yang dimainkan band di restoran terbabit. "Terasa bagai menjalani penggambaran drama pula... Sungguh tak disangka tetapi saya amat gembira," katanya kepada BH Online. Menurutnya lagi, dia telah lama mengenali TWG dan ketika itu masih bertugas sebagai pramugari Air Asia. TWG merupakan penumpang dalam penerbangannya.
"Tak sangka, jodoh kami berpanjangan. Kami dilahirkan dalam bulan sama iaitu Julai. Dia berusia 37 tahun dan terbabit dalam dunia perniagaan," katanya. Buat masa ini Raja Ilya masih menyembunyikan tarikh kahwin. Apa pun majlis perkahwinan akan berlangsung pada tahun depan. Romantik sungguh TWG! Apa pun tahniah dan sama-sama kita nantikan hari perkahwinan mereka. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|