CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Hati Perlu Kental, Tak Boleh Tisu" - Ibu Tunggal, The Struggle Is Real

28-11-2018 11:21 AM| Diterbitkan: mshani| Dilihat: 13908| Komen: 96|Original author: Oleh: SM Hot


"Argh, anak sakit lagi. Takkan nak EL lagi? Kesian anak aku" "Dari pukul 5 pagi,sekarang dah menjelang pukul 10 malam, aku belum menarik nafas lega. Penatnya badan ini" " Kerja belum siap. Terpaksa aku balik awal, amik anak di taska. Pukul 7 nanti kena bayar overtime pulak" "Apa nak masak malam ni. Badan rasa macam dah dikerat 18. Tak masak nanti nak kena makan luar pulak. Nak kena drag anak anak yang masih kecik ni ke kedai. Lagipon ntah bersih ntah tidak makan di luar"


Dear Single Mother.. kalau hati anda berkata begini saban hari, YOU ARE NOT ALONE and most importantly, YOU ARE NOT A BAD MOTHER!

Tiada wanita yang bangga bergelar Single Mother. Dan walau ianya pilihan anda (atas sebab apa sekali pun, saya percaya ianya adalah pilihan masing masing, contoh, untuk keluar dari bad marriage sebab suami anda curang, masih pilihan anda bukan?)


Untuk bergelar Single Mother, there is no turning back.

Hidup perlu diteruskan.. Hati perlu kental, tidak boleh tisu. Saya percaya, most Single Mother bekerja untuk menampung kehidupan seharian. Mungkin ada bekerja professional, berniaga atau bekerja dari rumah. Nafkah dari bekas suami kalau ada semestinya tak mencukupi untuk anak anak (kalau ada,kalau bekas hilangkan diri dan move on macam takda tanggungan? Puii!- malas nak start, nanti jadi luahan perasaan iols)


Foto: Scarymommy

The struggle is real. Saya tolak tepi struggle pandangan negatif orang pada golongan Single Mother. Biasanya golongan Single Mother yang kental, mereka tak heran pun pada orang yang tergugat kami nak ganggu rumahtangga mereka. Menurut pandangan saya, biasanya Single Mother yang baru keluar dari bad marriage ini, air muka mereka sudah bertukar jernih walaupon struggle. Ada kebahagiaan dalam kesedihan. Ada cahaya di mata mereka walaupun suram. Ada cahaya harapan memerlukan cinta dan kasih sayang sejati di mata mereka. Ada seri kata orang. Seri Single Mother. Seri ini yang menggugat para suami orang untuk turn on hormon gatal mereka..


Ok, berbalik pada struggle Single Mother. Bertahanlah. Ramai orang seperti kamu. Tak semua mampu meluah dengan kata kata dan di hati kecil mereka berharap, the day will pass. Ramai yang berpesan sandarkan kasih sayang pada anak. Oh, ini memangla. Tiang lampu pon boleh bagai kata kata yang sama. Semua pun sayang pada anak kan? Tapi tanggungjawab dan amanah untuk membesarkan anak anak sebaik mungkin, korang nak tolong jawab ke? Persekitaran dan rumah yang bersih, makanan yang sihat, kerja sekolah tip top, exam cemerlang dan list goes on. Nak cerita pada kawan kawan yang memiliki rumahtangga bahagia, fahamkah mereka? Lepas cerita, mereka pon teruskan kehidupan masing masing. Kamu jugak yang kena menjawab semua.


Foto: mom.me


Bertahanlah. Keep going strong. Again you are not alone. Sayangi diri anda. Sesekali ambil masa untuk rehat (tak berdosa pun kalau memerlukan ME time ok?!). Pada saya yang bekerja dalam bidang professional, sejam sehari (tak termasuk tidur dan solat ) dah memadai. Saya cuma perlu a cup of good coffee and a moment of self reflection in a day, dah cukup pada saya. Pada moment sejam itu, saya kenang pencapaian saya hari ini. Moment untuk bangga dengan diri saya sendiri dan moment angkat bakul sendiri sekejap..


List down what makes you happy (bukan beg LV, holiday overseas, bukan tau!) Maksud saya, in a day, lunch yang sedap atau power nap atau sepotong kuih kegemaran yang sedap untuk minum petang.. Mudah dan asas! Cuba quick fix mudah ini. - CARI 

13

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Iris. 28-11-2018 11:27 AM
............................
Quote hibernation 28-11-2018 11:29 AM
menariknya topik ni

tahniah TT

tapi maaf, nak komen byk2 pun takde kudrat lagi, lenkali yea
Quote adila39 28-11-2018 11:53 AM
Org kat luar mostly tak tau i single mum...ada ingat solo and takde anakla. Some ingat husband outstation. Usually kalau org tanya...sorang je, husband mana keje mana...and i akan jawab ada kat rumah dia penat.

To end conversation.

I mmg sombongla kot, sbb mmg tak reti nak berjela jela cakap...tp dlm ni i ramah la.


Kadang i siap cakap aah husband kata gini and gitu. hahahah....

But fact that i dont even have any pun.  So semua kat minda...i tak pernah rasa single mum ni suatu yg menyedihkan. Never. I enjoy je besarkan anak I.  About that other part me as me tu yes la lain cerita but as a mother alhamdulillah.


So i rasa semua terletak kat otak kita how kita set mind kita. To me i feel proud.  I tak suka  single mother yang bersedih meratap nasib..i really tak suka.

Sebab yg bagi rezeki allah bukan suami. Kalau kita usaha mesti allah akan bantu. I rasa i ada cerita my journey as single mum and masa preggy alone and sebagainya...strugle and etc...tapi ok je skrg..

Single mum pada i, patut kejar apa dia nak..nak kawen nak kaya nak apa..go for it tapi jgnla buat dgn cara yg salah..

Bab tak best adalah jugak..like daftar anak sekolah bawak anak klinik ..time raya time photo family ke...melayu kan suka amek photo berpasang pasangan...ha ni i boring..tp usually i akan tag along dgn adik i hehehe

kalau kenduri ..masa anak kecik...nak makan dia melalak pastu kena tgu sesapa pegangkan and makan ..ha tu moment yg boring jugakla...

lain lain i rasa ok je...

tapi yes, i kagum dgn single mum yg ramai anak and kecik kecik. So salute pada si onex..dia ibu yg hebat.

Again, status kita...hanyalah status di kertas..no big deal. Janji u fight untuk move on. And kalau i...i cuma akan having tough time if my parents no longer kuat ....that i am worried. So meantime i sangat bertuah ada ayah mama yg sgt awesome.


be grateful ok.
Quote mizziaz 28-11-2018 12:03 PM
Good motivational write-up.
Quote CiliPadiSedap 28-11-2018 12:07 PM
sekarang dah ada single father, tp mostly anak kt rumah mak alasan nusyuz balas dendam kt ex wife. kaka dulu cita2 jadi pegawai agama.
Quote kiyudi 28-11-2018 12:08 PM
am single mum

am proud i make it

even i rasa i lg bertuah dr yg ada laki tp laki hampeh....

tp down gile bila time anak2 sakit, i kena amik EL...time tu i rasa i need U most....

am ok, am happy

i x kacau orang....i bukan janda murahan menempek lelaki sana sini.....

Allah  love me...enufff.....





Quote meklalala 28-11-2018 01:01 PM
to all singlemum
Quote Saras_Wati 28-11-2018 01:03 PM
respect dengan ibu tunggal!!!
Quote Saras_Wati 28-11-2018 01:05 PM
Definisi janda mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah : Orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian.

Definisi ibu tunggal mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah : Wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb.

Tidak kiralah apa gelaran anda sekalipun, anda tetap ibu-ibu yang disanjungi walaupun anda tidak bersuami, anda dipukul, anda dipandang hina, dicerca, dicemuh oleh masyarakat yang jumud ini, terdedah dengan gangguan seksual lelaki hidung belang dan sebagainya, namun anda tetap seorang ibu yang terpaksa menggalas, menyentak kerangka bahu yang kecil memikul tanggungjawab tanpa bantuan sesiapa.



KILL_NANCY
Quote myakayina 28-11-2018 02:50 PM
masih ada tak lelaki bujang yg sanggup terima single mum dan henbeg (anak2) dgn ikhlas?
*grouphugs* to all single mum dlm ni.. you're strong and beautiful..
Quote maneh 28-11-2018 03:43 PM
sobss tengok pic anak2 tuh...  semoga kesabaran anda di balas di dunia n akhirat single mom
Quote hibernation 28-11-2018 03:55 PM
Saras_Wati replied at 28-11-2018 01:05 PM
Definisi janda mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah : Orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi  ...

sedihhh
Quote hibernation 28-11-2018 04:03 PM
kepada yg dah lama pegang title ibu tunggal, yg dah stabil memang akan cakap besar....sorry to say

kata2 motivasi perlu untuk mereka yg baru mengharungi keperitan bergelar ibu tunggal, yang tak dapat nafkah langsung dari bekas suami, yg miskin, gaji kecik, anak ramai yg sorang pun tak lepas lagi....

tak salah pun nak meratap, mencurahkan segala beban di hati, tu jea cara nak lepaskan perasaan, dan kena cari seseorang yg betul2 ikhlas utk berkongsi semua tu, kalau silap orang, nanti sampai masa diorang yg akan perlekeh kita balik

so kepada ibu tunggal yg sedang dalam kepayahan di luar sana, kuatkan semangat, ingat Allah sentiasa ada bersama kita...mohon dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan


Quote kiyudi 28-11-2018 04:15 PM
myakayina replied at 28-11-2018 02:50 PM
masih ada tak lelaki bujang yg sanggup terima single mum dan henbeg (anak2) dgn ikhlas?
*grouphu ...

ada ker??

nk mak aja.

Quote vanilacup 28-11-2018 04:23 PM
Struggle..survivor...on her own ways...its not easy sebab wanita dipacu oleh  9 nafsu dan 1 akal..
HIdup pasti didasari dgn permainan rasa dan jiwa ...
Walau siapa pun wanita itu dia mesti akan jadi samada lebih kuat dan tabah atau hati tisu dan mudah tersentuh....
Quote adila39 28-11-2018 06:54 PM
hibernation replied at 28-11-2018 08:03 AM
kepada yg dah lama pegang title ibu tunggal, yg dah stabil memang akan cakap besar....sorry to say
...

haaaaaaaa hibernate marah kita keeeeeee...ehhhh bukan gitu maksud i...adehhh...what I'm saying kita kena fight...sy cakap z suka sbb dulu pun sy meratap...tapi sis...sis masih ok..ble kerja ble ketawa.  i dulu xble bercakap tauuu...i kaku...alaaaa jgnla marahhhh...
Quote onexox97 28-11-2018 07:14 PM
sedihnya .......
Quote onexox97 28-11-2018 07:18 PM
adila39 replied at 28-11-2018 11:53 AM
Org kat luar mostly tak tau i single mum...ada ingat solo and takde anakla. Some ingat husband outst ...

eh ada nama i la tu
Quote hibernation 28-11-2018 09:50 PM
adila39 replied at 28-11-2018 06:54 PM
haaaaaaaa hibernate marah kita keeeeeee...ehhhh bukan gitu maksud i...adehhh...what I'm saying kit ...

Haaa see? U pun meratap masa mula2 bergelar single mother, ada x org cakap x suka betul suka meratap hiba camtu...kak bercakap bukan atas dasar personal, tapi memahami perasaan mrk yg baru memegang title tu..apatah lg yg memang dgn keadaan struggle, anak ramai, kewangan dlm keadaan kritikal...rasanya air mata je yg jadi peneman

Untuk bangkit memang mengambil masa, n dlm masa ni lah kita perlu support diorg, bkn kutuk/kritik...

Dila, jgn ambil hati yea, kak x marah pun, cuma rasa terpanggil utk beri pendapat, tu jea..peace sistur

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.064948 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top