Apabila chef kanak-kanak popular, Danish Harraz melancarkan projek mengumpulkan dana bagi membeli kelengkapan anak orang Asli Sekolah Kebangsaan Lemoi, Cameron Higlands sesi 2019, ia mendapat sambutan baik. Namun apabila poster tersebut yang memaparkan kaki murid memakai kasut yang koyak rabak hingga menampakkan jari kaki, netizen mula menjadi 'keyboard warrior' hingga ada pendapat yang kononnya prihatin tetapi langsung tidak membantu ke arah kebaikan. Cikgu Anis yang mengajar di sekolah tersebut turut meluahkan kekesalannya. Menurut Cikgu Anis yang telah berkhidmat selama 9 tahun di sini, mereka yang memberi komen negatif seolah-olah mengatakan cikgu-cikgu langsung tidak melakukan apa-apa kebajikan untuk anak-anak murid mereka. Walhal baju lusuh, kasut koyak rabak pun dibelikan oleh mereka dengan tabung inisiatif mereka sendiri. Hakikatnya Yuran PIBG berjumlah RM10 setahun pun, guru-guru inilah yang membayarnya selain sumbangan wakil rakyat. Jadi, jangan bandingkan sekolah netizen yang kutipan PIBG nya berjumlah ribuan ringgit. Cikgu Anis juga memberi penjelasan berkenaan kasut koyak pada poster tersebut. Malahan bukan setakat kasut, pakaian seperti seluar, tudung, stoking pun disediakan oleh guru-guru ini. Alat tulis turut disediakan sebagai inisiatif untuk menggalakkan murid-murid ini hadir ke sekolah. Itu belum dikira aktiviti luar yang memerlukan kos lebih tinggi, guru-guru ini juga menanggungnya, namun semua ini tidak dipandang oleh netizen. Hanya sedikit keburukan, terus melabel guru-guru tidak prihatin. Namun tidak semua netizen yang hanya tahu menjadi 'keyboard warrior'. Ramai juga netizen yang memahami pengorbanan guru-guru di pendalaman yang berkorban jiwa dan raga mereka semata-mata untuk memberi ilmu kepada anak orang asli ini. Bagi mereka yang menjadi pengikut Cikgu Anis ini memberi semangat kepada guru-guru ini untuk tidak mempedulikan kata negatif tersebut. "Komen dalam socmed memang senang. Mereka yang anak sorang dua pun, kadang-kadang terlepas pandang keperluan anak sendiri. Inikan pula cikgu nak perati satu sekolah. Moga cikgu terus kental ya." Rupanya ramai yang berdiri teguh dan memahami kesukaran untuk berkhidmat di sana dan kagum dengan semangat guru yang bukan calang-calang. Menjadi 'keyboard warrior' memang mudah kerana tidak mengalaminya sendiri. Jadi, sebelum menunding jari ke arah orang lain, diminta netizen menyoal selidik terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Atau lebih bagus turun padang sendiri supaya dapat membantu mereka yang memerlukan ini. - CARI |
11
Bagus |
15
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
22
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sofiazara: anak aku pun kasut koyak rabak by bulan septemberdiorg suka main bola lasak2semoga tiada guru yang viral kasut sekolah anak aku
yayangmama replied at 5-11-2018 02:30 PM
dulu2 rajin folo blog cgu bungolale ni...ni da x aktif kt blog....da x ikut sgt crita pasal budak2 n ...
ADVERTISEMENT