CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peminat Britney Spears Kecam Justin Timberlake, Guna Kisah Cinta Basi Mereka Untuk Lariskan Buku

21-12-2018 12:12 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7571| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Nampaknya setiap kali penyanyi Justin Timberlake mengeluarkan produk baru, beliau akan menggunakan kisah cerita cinta lamanya dengan Britney Spears untuk memanipulasi publisiti murahan.


Kredit foto: AOL.com

Terbaru, peminat mengecam Justin kerana masih bercerita tentang Britney dalam buku autobiografinya yang akan dipasarkan mulai minggu ini walaupun kisah mereka sudah 16 tahun berlalu dan Justin sudah bercinta dengan berpuluh-puluh wanita lain selepas Britney malahan sudah berkahwin dan beranak pinak dengan pelakon Jesicca Biel!



Kredit foto: Variety.com

Dalam buku autobiograf terbarunya bertajuk Hindsight: And All The Things I Can't See in Front Of Me, Justin menceritakan tentang panjang lebar bagaimana lagu popularnya Cry Me A River dicipta selepas dicurangi. 'Saya dikecewakan teman wanita saya (Britney Spears) yang curang dengan lelaki lain, jadi saya duduk bersedih dan main piano selama dua jam, akhirnya lagu ini terhasil' katanya. Justin Timberlake kemudiannya menggunakan seorang model wanita yang mirip Britney dalam video klip untuk lagu tersebut.


Kredit foto: Capital.FM

Peminat Britney kelihatannya tidak senang dengan perkara ini. Mereka beramai-ramai mengecam Justin di Twitter kerana masih memburuk-burukkan nama Britney dalam setiap promosi album dan bukunya walaupun sudah  16 tahun perkara itu berlalu.


Kredit foto: Twitter.com

Seorang peminat Britney mengatakan Justin selalu menjatuhkan wanita untuk menaikkan dirinya sendiri. 'Saya gembira Britney kini seorang yang tidak kisahkan cerita negati mengenainya, beliau seorang wanita yang kuat, Justin pula loser' kata peminat bernama Cody Spearz.



Kredit foto: Twitter.com

Walau bagaimanapun, terdapat juga peminat Justin yang membelanya. Mereka mengatakan Justin berhak untuk menceritakan kisah silamnya kerana itu adalah kisah hidupnya sendiri dan perkara  itu berlaku kepadanya. 'Ini buku autobiografi, semestinya Justin berhak menulis semua perkara penting yang pernah berlaku kepadanya' kata peminat Justin lagi.



Menariknya sehingga Britney tidak sedikitpun terkesan dengan publisiti murahan Justin. Kalau dilihat kemakini di Instagramnya, Britney menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa mengeluarkan sebarang komen balas. Malahan Britney sibuk bersenam dan berlatih gimnastik untuk ememantapkan lagi persembahannya di Las Vegas.


Jauh beza perangai Justin dan Britney dalam hal ini. -CARI

5

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 21-12-2018 12:25 PM
Justin adalah ritrud versi lelaki. Keluarkan buku pasal ex
Quote spankee_fili 21-12-2018 12:36 PM
Eh, ingatkan britney yg dicurangi..
Dah 16tahun, arini baru kutahu..
Quote CiliPadiSedap 21-12-2018 02:04 PM
artis kaka minat ialah kim kardashian kecuali lopabenak
Quote armin 21-12-2018 02:16 PM
Britney punya life mcm happy2 je buat hal sendiri sekarang
Quote kakyungpilah85 21-12-2018 02:48 PM
yekee justin ni dicurangi..hari tu ade tbaca si justin ni yg selalu curang belakang britney..ramai skandal masa dengan brit dlu..hambalau je mamat ni..sembanggggggggggg
Quote sheqim 21-12-2018 03:22 PM
sori gais... can i know britney buatpe je skang.... lama tak nampak di mana-mana... ke dah tak menyanyi dah?
Quote Sang_Pencinta 21-12-2018 03:39 PM
sheqim replied at 21-12-2018 03:22 PM
sori gais... can i know britney buatpe je skang.... lama tak nampak di mana-mana... ke dah tak menya ...

Setahu saya Britney fokus buat show setiap malam di Las Vegas Residency, so dia tak travel mana2

Baru habis jadual show untuk 2018

Tahun depan dia ada show setiap malam dari Feb - Ogos 2019
Quote BabyOnEarth 21-12-2018 03:59 PM
acik jessica biel xkecik ati ke lakinya tulis kisah cinta lama
Quote makbedah 21-12-2018 05:18 PM
Kdg2 memang nampak kot JT ni macam tak move on lagi. Itu yang awal2 kahwin jessica jealous memanjang and insecure bila Nama brit disebut2.  
Quote Artemesiaa 21-12-2018 05:26 PM
Bila terasa diri makin sendu mulalah keluarkan cerita macam2 balik
Quote dua_chzy 21-12-2018 07:47 PM
Jantan babi gini la. Acah baik di depan tapi babi di belakang.
Quote dua_chzy 21-12-2018 07:48 PM
sheqim replied at 21-12-2018 03:22 PM
sori gais... can i know britney buatpe je skang.... lama tak nampak di mana-mana... ke dah tak menya ...

Ko kata dia dah tak nyanyi sedangkan @Ferr_Remy baru attend konsert dia kat Bangkok tawun neh!
Quote borrow 21-12-2018 09:03 PM
sheqim replied at 21-12-2018 03:22 PM
sori gais... can i know britney buatpe je skang.... lama tak nampak di mana-mana... ke dah tak menya ...

Baru abis tour kat europe.

Quote r_innalif 21-12-2018 09:29 PM
Dr dulu nmpk mcm justin kaki sentap ,hati kecik..
Britney nmpk matang lg dn cool dr dia. Tp honestly diorg sgt comel kapel dulu dulu
Quote sheqim 22-12-2018 12:24 AM
dua_chzy replied at 21-12-2018 07:48 PM
Ko kata dia dah tak nyanyi sedangkan @Ferr_Remy baru attend konsert dia kat Bangkok tawun neh!

Kaka, sorilah meols tak follow perkembangan dia.. main komen jeeee hahaha
Quote dani-rox 22-12-2018 01:18 AM
tanda2 kejatuhan letteww. balasan atas perbuatannya yg suka mempergunakan org pompuan.
Quote dua_chzy 22-12-2018 03:23 PM
sheqim replied at 22-12-2018 12:24 AM
Kaka, sorilah meols tak follow perkembangan dia.. main komen jeeee hahaha

#BritneyForever oke!
Quote BebeQ 23-12-2018 02:03 AM
VC cry me a river tu takde pun model tu macam britney, Jauh je rupa masing2.
Quote greantea 24-12-2018 07:22 AM

selamanya xkan move on

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.116507 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top