Malang menimpa seorang penuntut wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila terjatuh di atas bumbung tingkat tujuh dari koridor tingkat 10 bangunan kolej kediaman universiti berkenaan.
Memetik Harian Metro, kejadian yang berlaku semalam menyebabkan mangsa berusia 21 tahun disyaki patah kedua-dua kakinya. Penuntut tahun ketiga Ijazah Doktor Perubatan itu kini berada di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKK), Likas bagi mendapatkan rawatan. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan ditemani rakannya menuju ke koridor tingkat 10 untuk mengambil tuala mandi yang tersidai di koridor lif. “Menurut rakan mangsa, pada masa itu mangsa dikatakan cuba untuk memanjat koridor bagi mengambil tualanya yang berada sedikit ke bawah kerana terjatuh dipercayai ditiup angin.
“Ketika mangsa sedang cuba memanjat, tiba-tiba dia terjatuh dari koridor di tingkat 10 dan terbaring di bumbung bangunan kolej di tingkat tujuh. “Rakan mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan mangsa dikatakan sedar dan melambai tangannya meminta pertolongan,” kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji. Tambah Habibi, mangsa dibawa ke HWKK, Likas selepas menerima rawatan awal daripada petugas perubatan yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian. “Hasil soal siasat, mangsa mengatakan tangannya tergelincir ketika mengambil tuala sebelum terjatuh. “Pemeriksaan awal pegawai perubatan mengatakan mangsa disyaki patah kaki kiri dan kanan. Kecederaan lain belum diketahui dan rawatan masih berjalan,” katanya. - CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug replied at 7-11-2018 10:33 AM
UMS ada medical course ya? Anyway takziah patah dua-dua kaki, tapi mujur jatuh atas bumbung. Semoga ...
ADVERTISEMENT