CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk 'Tonton' Cucu Autisme Diperkosa Pelacur

8-11-2018 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3714| Komen: 16

Tidak serik selepas beberapa kali keluar masuk penjara, seorang pelacur kali ini didakwa merogol remaja lelaki berusia 14 tahun yang menghidap autisme.

Lebih menjelikkan, datuk mangsa hanya memerhati dari sofa berhampiran sebelum cuba melakukan hubungan seks dengan suspek.

Memetik METRO, Jacuqline Alonzo, 28, ditahan pada Isnin atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap remaja itu.


Foto: METRO

Difahamkan, nenek tiri mangsa yang juga kenalan suspek menjemputnya untuk tinggal bersama mereka di San Antonio, Texas pada Ogos iaitu beberapa hari selepas dia dibebaskan dari penjara kerana simpati memandangkan pelacur berkenaan tiada tempat tinggallapor KSAT.


Menurut laporan polis, wanita berkenaan mendakwa suaminya duduk di atas sofa sambil melihat pelacur itu melakukan hubungan seks dengan mangsa sebelum meminta untuk melakukan hubungan seks dengan Jacuqline, namun suspek enggan melakukannya.

Datuk mangsa bagaimanapun menafikan dirinya terbabit dalam serangan seksual itu dan berkata, dia hanya mengetahui mengenainya selepas remaja berkenaan mengadu kepadanya.

Selepas mengadu kepada ibunya mengenai kejadian, mangsa dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengumpul bukti untuk membantu siasatan.

Rekod dalam talian menunjukkan, suspek baru-baru ini dibebaskan daripada tahanan selepas menjalani hukuman lapan bulan penjara atas tuduhan membabitkan aktiviti persundalan. Malah, dia pernah ditangkap sebanyak sembilan kali atas tuduhan sama sejak tahun 2013.

Suspek berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan. Dia kini ditahan di Penjara Daerah Bexar sebagai ganti bon berjumlah ASD50,000 (RM204,400).

Sementara itu, datuk dan nenek mangsa bebas dari sebarang tuduhan. - CARI
20

Bagus
17

Marah
25

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-11-2018 11:20 AM
Astaga
Kok ye pon kemaruk seks
Jual badan.la.tepi.jalan
Ko pi rogol budak tu kenapa jilakaa
Quote tomonaBN 8-11-2018 11:24 AM
kat malaysia, bekas banduan dapat kerja dgn kementerian belia.

huhu

Quote tomonaBN 8-11-2018 11:26 AM
huhu

SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mengambil tiga bekas banduan untuk bekerja di pejabatnya sebagai usaha memberikan mereka peluang kerjaya.

Tindakan itu sebagai contoh kepada syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut memberikan peluang kedua kepada mana-mana bekas penghuni penjara untuk meneruskan kehidupan sebaik dibebaskan.
Quote manehnya 8-11-2018 11:30 AM
tomonaBN replied at 8-11-2018 11:26 AM
huhu

SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mengambil tiga be ...

ye kew.. "akan"

dah buat blom?
Quote Burong_Hantuk 8-11-2018 11:32 AM
tomonaBN replied at 8-11-2018 11:26 AM
huhu

SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mengambil tiga be ...


Quote Burong_Hantuk 8-11-2018 11:32 AM
dunia ahir jaman
Quote tomonaBN 8-11-2018 11:32 AM
manehnya replied at 8-11-2018 11:30 AM
ye kew.. "akan"

dah buat blom?

nuar taknak kerja dgn dia, nuar nak jadi PM


Quote Zaien 8-11-2018 11:33 AM
spesis nak yg virginn kot?
Quote tomonaBN 8-11-2018 11:36 AM

gelak la kau, tak lama lagi bekas banduan jadi PM tawww.





Quote VioletsAre_Blue 8-11-2018 01:01 PM
Betina pedo sundal uols.. Jijiknya akak membaca berita ini
Quote saviour_09 8-11-2018 04:01 PM
dah tengok boleh pulak dia nak jugak
bangang punya atok
Quote orgsepang 8-11-2018 04:11 PM
Nafsu seks kuat sangat tapi kalau betul bagai dikata memilih juga orangnya. Atok dia tak nak layan
Quote dekmieDandy 8-11-2018 04:30 PM
lain kali main wechat sis
Quote nobito 8-11-2018 04:32 PM
tomonaBN replied at 8-11-2018 11:24 AM
kat malaysia, bekas banduan dapat kerja dgn kementerian belia.

huhu

Yg bbnu lepasan universiti nye tak da kerja.
Quote Matpon 8-11-2018 05:00 PM
suspek memang ada masalah mental jgak kot..sebab sebelum ni pun didakwa atas kesalahan yang sama..
Quote 234126 11-11-2018 10:54 PM
‘aktiviti persundalan’ hehehehe sopan sangat. Tapi kesian la budak tu. Slalu baca kes rogol lelaki je suspek now lelaki pun dah tak selamat.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039895 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top