2018 bakal melabuhkan tirai dan membuka lembaran baru 2019. Pada 8 November lalu, acara tahunan Victoria Secret Fashion Show telah berlangsung dengan jayanya. Namun, ianya hanya dipertontonkan kepada umum pada 2 Disember di New York.
Terdapat 18 model baru yang memperagakan pakaian dalam serta beberapa super model yang membuat 'comeback' setelah beberapa tahun tidak berjalan di pentas peragaan beprestij itu. Tahun ini juga dikatakan tahun terakhir untuk super model Adriana Lima berjalan di atas pentas pertunjukan fesyen itu. Ini dia senarai barisan model Victoria Secret 2018!
1. Kendall Jenner Kendall yang tidak turut serta pada tahun lalu merupakan salah seorang 'angels' VS. Tapi, macam biasa setiap tahun sentiasa ada komen mengenai cara Kendal berjalan di atas 'walkway'. 2. Bella Hadid Bella hadid terkenal di atas pentas peragaan kerana sering membuat muka 'poker face' atau 'straight face' (muka selamba) sepanjang masa. Tapi, tetap cantik. 3. Gigi Hadid Angels seterusnya ialah Gigi Hadid, kakak kepada Bella Hadid. Gigi membuat penampilan pada tahun ini dengan pakaian yang lebih sarat dan dramatik! 4. Karlie Kloss Karlie Kloss yang baru saja melangsungkan perkahwinan membuat pertunjukan selepas agak lama mediamkan diri kerana komitmen kerja. 5. Kelsey Merritt Angel Victoria Secret dari Filipina. "We Did It Philippines"! katanya. 6. Winnie Harlow Mempunyai keunikan kulit yang diberi nama 'Vitiligo' ini, Harlow berjalan megah di atas pentas peragaan. Namun, model ini terselit sedikit kontroversi kerana pernyataan berbaur rasisme yang diluahkan menerusi Instagram beliau, baru-baru ini. 7. Alexina Graham Model yang tidak asing lagi untuk jenama Maybelline! Ini merupakan kali pertama untuk Graham berjalan di atas pentas sebagai angels! 8. Ming Xi Ming Xi kembali pada tahun ini setelah dirinya dilanda kontroversi kerana terjatuh pada pertunjukan VS pada 2017. Beliau merupakan rebutan pereka pereka fesyen dari serata negara setelah kemunculan beliau dalam Minggu Fesyen New York dan Paris. 9. Nadine Leopold Namanya meningkat naik selepas terbabit dalam sebuah rancangan realiti televisyen (TV) iaitu Model Squad. Nadine telah membuat kemunculan di VS pada tahun lepas. 10. Sui He Model idaman untuk jenama terkenal seperti Dior, Chanel, Ralph Lauren ini telah hampir lapan tahun berjalan di pentas VS. Seorang lagi angels mewakili Asia. Antara model lain yang turut serta pada tahun ini termasuklah Barbara Fialho, Shanina Shaik, Devon Wisdor,Aiden Curtis dan ramai lagi. Bila lagi rakyat Malaysia nak naik pentas Victoria Secret? Mampu tak? - Siapa pula bakal berjalan di pentas VS pada 2019 ya? - CARI
|
11
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rosasen replied at 31-12-2018 02:43 PM
i miss miranda kerr
Orix replied at 31-12-2018 03:39 PM
miranda busy nak hangkut piano kaca pemberian abam jho low dari dalam rumah dia nak bawak keluar : ...
ADVERTISEMENT