Pernahkah anda mengalami masalah walaupun sudah mandi, terasa segar namun beberapa ketika kemudian, badan anda mula mengeluarkan bau bau yang tidak menyenangkan? anda mungkin mengalami masalah bau badan yang mungkin anda tidak tahu dari mana datangnya. Tambahan pula cuaca negara kita yang kadang kadang lembap dan sangat panas bersilih ganti. Badan senang saja berbau jika tidak mandi. Anda mungkin perlu semak senarai dan fakta kenapa badan anda berbau di bawah!
1. Ekrin & Apokrin Secara saintifiknya, badan kita mempunyai dua kalenjar berbeza, iaitu ekrin dan apokrin. Kalenjar ekrin berada di seluruh badan kita yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh manakala kalenjar apokrin berada di kawasan yang berbulu seperti ketiak, kepala dan alat sulit. Cairan yang keluar melalui kalenjar apokrin lebih bersifat lemak dan cenderung mengeluarkan bau. Bukan punca bau ya,tapi berpontensi memberi bau busuk. Nak tahu apa sebabnya? Scroll lagi ke bawah ya.
2. Punca dari Rambut Semakin lebat rambut, semakin kuat bau busuk kalau anda tidak menjaga kebersihan. Jika anda mengabaikan kebersihan rambut anda, bakteria akan tertarik ke kalenjar apokrin dan memecahkan lemak di sekitar folikel rambut lalu terhasil - lah bau busuk. 3. Pemakanan Badan kita sebenarnya akan mengeluarkan bau busuk jika makan makanan tertentu. Makanan seperti bawang putih dan makanan berbau tajam mencetus bau busuk dalam badan kita. Patutlah kita pernah dengar ejekan seperti badan bau bawang dan sebagainya. 4. Penggunaan Ubat Ketiak Fenomena ketiak hangit sering kali dikaitkan dengan kanak kanak yang mencecah akil baligh akibat perubahan hormon. Namun orang dewasa juga tidak terlepas daripada bau busuk yang terhasil daripada kalenjar peluh ini. Penggunaan deodorant yang betul amatlah penting untuk menghentikan dan mengawal peluh yang berlebihan dan menghalang daripada terhasilnya bau 'kepam'. 5. Sabun Mandi Pasti anda terfikir pengunaan sabun anti - bakteria bagus untuk menghilangkan bau badan. Namun begitu, penggunaan yang begitu kerap akan membuatkan kulit anda menjadi kering lalu menjadikan badan anda semakin berpeluh. Jadi, amalkan secara sederhana dengan sabun biasa. 6. Tekanan Hidup Faktor stres atau tekanan juga menyumbang kepada pengeluaran peluh secara berlebihan. Jauhi jiwa yang stres kerana peluh busuk anda juga dapat membuat orang lain stres. 7. Terapi secara medikal Namun begitu, terdapat insan terpilih yang mempunyai masalah perubatan seperti penyakit keluar peluh secara berlebihan. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor seperti rawatan botox untuk menghentikan pengeluaran peluh secara berlebihan. |
1
Bagus |
2
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meisapoya replied at 29-11-2018 05:26 AM
Dan minum air banyak bagi elakkan badan overheat sampai peluh2. Cantas bebulu ketiak jugak. Kurangka ...
gigahertz replied at 5-12-2018 08:18 PM
kalau minum air masak badaan berpeluh2 tu apa maksud dia?
meisapoya replied at 5-12-2018 12:52 PM
Oo yg tu x sure plak. Tapi biasa i kalau minum air banyak, x peluh. Cuma kerap ke tandas ler.. dia ...
ADVERTISEMENT