CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemar Strawberi Dengan Jarum Kerana Dendam, Wanita Berdepan Penjara 10 Tahun

13-11-2018 12:24 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3095| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kes yang menggemparkan Australia sejak dua bulan ini kerana beberapa insiden penemuan jarum dalam buah strawberi hampir selesai berikutan tertangkapnya seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia di sebuah ladang buah pada Ahad.



Kredit foto: Courrier Australien

Wanita terbabit, My Ut Trinh, 50, didakwa melakukan perbuatan itu kerana dendam terhadap pemilik ladang tempatnya bekerja. 

Dia didakwa dengan tujuh pertuduhan di mahkamah Brisbane dan sekiranya didapati bersalah, dia boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.


Kredit foto: Carian Google


Menurut siasatan awal polis, wanita itu bekerja di sebuah ladang di Queensland dan telah menanam jarum di dalam buah strawberi dengan tujuan untuk mencemarkannya dan mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik ladang. 

Mahkamah diberitahu bahawa My Ut Trinh melakukan perbuatan itu ketika bekerja di ladang Berrylicious di Caboolture dari 2 hingga 5 September. Difahamkan, DNA My Ut Trinh dijumpai dalam salah satu jarum dalam buah yang tercemar itu.


Kredit foto: Carian Google

Kes pertama dilaporkan pada 9 September apabila seorang lelaki hampir tertelan jarum dalam buah strawberi yang dibelinya di sebuah pasar raya. 

Dengan menelusuri rangkaian pembekal strawberi, My Ut Trinh serta-merta menjadi suspek utama polis. Permohonan peguam My Ut Trinh untuk menjamin tertuduh juga ditolak kerana motif sebenar dendam belum jelas. 

My Ut Trinh ialah seorang pendatang keturunan Vietnam yang sudah memiliki kewarganegaraan Australia dan memerlukan jurubahasa ketika pandakwaan.


Kredit foto: MSN

Kejadian penemuan jarum itu hampir melumpuhkan industri strawberi Australia. Sebanyak 230 insiden penemuan jarum telah dilaporkan seluruh negara melibatkan 68 jenama strawberi yang mendapat bekalan daripada ladang tersebut. Ianya mengakibatkan kekecohan di kalangan warga Australia sejak September dan dianggarkan mengakibatkan kerugian bernilai RM485 juta kerana pengguna tidak berani untuk membeli buah strawberi, lapor Reuters.


Kredit foto: ABC News

Penanam dan penjual buah juga dilaporkan terpaksa membuang bekalan buah yang tidak terjual mengakibatkan risiko kebangkrapan kepada ramai petani. Kerajaan negeri Queensland dilaporkan terpaksa memberi peruntukan sebanyak RM3 juta untuk bantuan kepada mereka. - CARI
39

Bagus
28

Marah
32

Terkejut
38

Sedih
48

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (220 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 13-11-2018 12:33 PM
Kerana dendam kau.. juta2 rugi
Quote kucingitam 13-11-2018 01:00 PM
pendatang tak sedar diuntung..nilah dia..
Quote makita 13-11-2018 01:12 PM
X sedar diri status pendatang. Pi la balik keje bendang kt kampung!
Quote fushimi 13-11-2018 01:16 PM
dah dapat keistimewaan warga negara pun tak reti nak  hargai

dasar menumpang tak sedar diri

selayaknya dihantar balik ke negara sheols yang miskin je
Quote paz 13-11-2018 01:21 PM
Alamak takutnya. Bayangkanlah kalau blend strawberry tu, pastu main gogok aja minum.

eee ngerilah.
Quote dubuk 13-11-2018 01:39 PM
bedebah                  
Quote Sang_Pencinta 13-11-2018 02:45 PM
Hanya kerana dia dendam, rugi ratus juta.
Quote puanbintang 13-11-2018 02:51 PM
bila dah marah, macam2 benda dibuat diluar jangkaan
Quote Burong_Hantuk 13-11-2018 02:54 PM
aduh lucu pun ada....
Quote RatuDunia94 13-11-2018 04:52 PM
paz: Alamak takutnya. Bayangkanlah kalau blend strawberry tu, pastu main gogok aja minum. eee ngerilah.


Lps ni kalau nk blend buah kena belah dulu la kan.. takut ada bendasing dlm buah..
Quote sinalegna 13-11-2018 05:08 PM
Siot je makcik ni.. kot2 dia ada HIV naya je tersebar
Quote Sang_Pencinta 13-11-2018 05:26 PM
sinalegna replied at 13-11-2018 05:08 PM
Siot je makcik ni.. kot2 dia ada HIV naya je tersebar

Ngerinya kalau ada penyakit berjangkit
Quote chinta89 14-11-2018 08:32 AM
tak sedar diuntung!
Quote am2020 21-11-2018 01:20 AM
Cam spesis pendatang kat malaysia yg x reti bersyukur..dah bg betis nak peha..spesis pendatang mmg gini kot
Quote grouper 21-11-2018 01:38 AM
Klau die betul2 ditindas mcm mana plak..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.144295 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top