Seorang lelaki merogol anak perempuannya berusia dua tahun sebelum memuat naik video aksi jeliknya itu di laman web lucah 'Dark Web'. Memetik METRO, polis berkata, menerusi video berdurasi lapan minit itu kedengaran suara mangsa meraung-raung ketika dirogol bapanya.
Selain itu, James Lockhart, 30, sering memuat naik beberapa posting menceritakan pengalaman seksualnya bersama kanak-kanak perempuan dan lelaki secara terperinci. Malah, Lockhart juga dikatakan sering meminta cadangan apa yang boleh dilakukannya dengan kanak-kanak itu bagi kemas kini terbaru yang akan dimuat naik ke laman web berkenaan, lapor Miami Herald.
Difahamkan, suspek memuat naik posting berkenaan di Dark Web menggunakan nama 'HardWood'. Pada 5 Oktober, pegawai keselamatan menjejaki Lockhart ke rumahnya menerusi aplikasi pesanan ringkas Kik di mana mereka menunjukkan klip video mangsa yang sudah dikaburkan wajahnya kepada isteri suspek. Isteri suspek dikatakan dapat mengecam anak dan suaminya dengan segera berdasarkan tangan suspek, sofa di rumah mereka serta mainan mangsa. Lockhart pada mulanya disiasat oleh polis di Boston yang cuba mengesan pihak bertanggungjawab di sebalik beberapa video klip penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Menurut Jabatan Sherif Daerah Manatee, Florida, Lockhart berdepan beberapa pertuduhan termasuk melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak di bawah 12 tahun yang membolehkan dia dihukum mati, jika sabit kesalahan. - CARI
|
29
Bagus |
23
Marah |
19
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT