Sekitar tahun 1990an, sebuah drama bersiri Mandarin berjudul The Forest Cat menjadi pilihan ramai penonton TV kerana memaparkan watak Fei Mou, seorang pemuda yang menghadapi masalah kurang upaya mental tetapi punya hati yang baik dan kelakuan yang lucu. Dalam siri itu, Fei Mao yang tinggal berdua dengan ibunya hidup dalam kesederhanaan di mana ibunya mencari rezeki dengan menjual mi. Walaupun telah dewasa, Fei Mou masih berkelakuan seperti kanak-kanak. Dia akhirnya jatuh cinta dengan gurunya tetapi patah hati apabila mengetahui gurunya sudah berpunya. Fei Mau kemudiannya jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai masalah pembelajaran sama sepertinya dan dikurniakan anak yang normal. Fei Mou juga sering cuba untuk membahagiakan ibunya tetapi akhirnya kehilangan ibunya akibat penyakit. Watak ikonik Fei Mou itu dimainkan oleh pelakon berbakat Kent Chang. Ini perkembangan karier Kent Chong selepas tamatnya drama Fei Mou tersebut; 1. Kent Chang yang dilahirkan pada tahun 1951 kini berusia 67 tahun. Beliau yang mula berlakon pada 1981 sehingga kini telah berlakon dalam 46 buah filem dan lebih 20 siri dan drama televisyen termasuk The Forest Cat. Filem terbarunya ialah Hypnotize the Jury (2018). 2. Kent Cheng lahir dalam sebuah keluarga yang serba miskin. Dari kecil beliau sudah bertekad menjadi pelakon tetapi beliau tidak mendapat sokongan daripada gurunya kerana tidak mempunyai perawakan yang menarik. Ini adalah salah satu sebab kenapa Kent Chang berazam untuk kekal aktif berlakon sehingga kini! 3. Drama bersiri The Forest Cat ini ditayangkan di negara China pada tahun 1985 tetapi hanya ditayangkan di Malaysia sekitar penghujung 1990an. Selain Malaysia, siri drama ini ditayangkan di banyak negara lain dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 4. Kerana kecemerlangan lakonannya dalam siri itu, Kent Cheng menerima baberapa penghargaan termasuklah Pelakon Lelaki Terbaik. 5. Selepas siri itu berakhir, Ken Cheng menubuhkan sebuah syarikat penerbitannya sendiri di mana beliau bertindak sebagai pengarah dan penerbit tetapi malangnya syarikat itu gagal. Beliau juga mengalami masalah kewangan dan hampir diistyiharkan muflis. 6. Berikutan kegagalan syarikat penerbitannya beliau kembali berlakon filem dan TV. Antara filem lakonannya termasuklah Ip Man (2010), IP Man 3 (2015), Happy Go Lucky (2003). Untuk TV pula beliau muncul dalam siri Wong Fei Hung dan lain-lain lagi.
7. Siri drama terbarunya ialah My Dangerous Mafia Retirement Plan yang sudah ditayangkan di Astro tahun ini. Beliau memegang watak bekas gangster yang sudah bersara dan membuka sebuah restoran tetapi keluarga mereka terancam apabila bekas bossnya keluar dari penjara selepas 20 tahun dan mencarinya semula. Nampaknya, walaupun lebih 20 tahun berlalu dan telah memegang pelbagai watak baru, impak lakonan Ken Cheng sebagai masih dibayangi Fei Mou, si OKU yang lucu dan baik hati. -CARI |
17
Bagus |
9
Marah |
14
Terkejut |
21
Sedih |
11
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
stania83 replied at 16-11-2018 12:29 PM
Bukan dah meninggal ke
borrow replied at 16-11-2018 02:35 PM
tt ai think silap fakta kowt. Thn 1985 heols pegang watak Fei mao menerusi filem why Me.
Drama ...
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 02:48 PM
My colleague (Chinese) pula cakap
Judul asli di China sana: Why Me?
borrow replied at 16-11-2018 02:55 PM
Heols silap la tuh. Tgk wiki , thn 80an heols berlakon 1 drama ja. Lain semua filem. "Why me" tu f ...
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 03:07 PM
Betul juga kot
makton replied at 16-11-2018 03:22 PM
bestnya drama the forest cat ni... sedih sgt bila cinta dia tak kesampaian..
borrow replied at 16-11-2018 03:26 PM
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 03:33 PM
Cinta dia dgn cikgu tu ksn?
Tapi bukankah last2 dia kawin jugak?
ADVERTISEMENT