Pokok bunga matahari dengan kepalanya berkuntum besar boleh mencapai ketinggian hingga tiga meter dan bunganya pula boleh mencapai garis pusat 30 sentimeter (cm) dengan benih-benih "besar".
Bunga matahari (helianthus annus), mengikuti ke arah mana pun matahari memancarkan cahayanya. Apabila malam ia tertunduk, manakala apabila siang menjelang ia mendongak, mempamerkan keindahannya. Pokok bunga ini mudah bercambah dan cepat membesar. Hanya perlu pindahkan ke polibeg untuk memberi peluang kepada setiap anak benih itu membesar tanpa berlaku perebutan baja dalam ruang bekas yang padat.
Namun, lain halnya yang berlaku di Arizona, Amerika Syarikat (AS). Pokok bunga matahari telah tumbuh di dalam usus kecil seorang remaja yang gemar memakan kuaci bunga matahari. Memetik portal ThereIsNews.com hal itu disedari sebaik pemuda berkenaan merasakan ada sesuatu keluar daripada duburnya. Difahamkan, remaja itu gemar memakan kuaci bunga matahari dan memakannya hampir setiap masa terutamanya semasa sedang belajar atau menonton televisyen. Dia sendiri tidak pernah menjangkakan pokok tersebut akan tumbuh dalam perutnya sehingga dia mula mengalami masalah sembelit selama beberapa minggu dan mengeluarkan kelopak bunga berwarna kuning ketika membuang air besar. Terkejut dengan perkara itu, dia terus memeriksa bahagian punggung dengan bantuan cermin dan menyedari terdapat bunga matahari kaluar dari duburnya, lalu memaklum perkara itu kepada ibu bapanya sebelum mereka membawanya ke hospital dan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bunga tersebut. Menurut pemuda itu, bunga matahari yang berjaya dikeluarkan dari perutnya akan dipindahkah ke pasu kecil dan dijaga sebaiknya kerana ia sangat istimewa. - CARI
|
9
Bagus |
22
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 16-11-2018 11:32 AM
betul ke citerni...mcm tak logik je
ADVERTISEMENT