CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nazrin Terima Ugutan Bunuh Daripada Saudara Dekat, 3 Bulan Sebelum Maut

16-11-2018 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6489| Komen: 20

Siasatan polis mendapati bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum dia dilaporkan meninggal dunia.


Foto: BH Online

Memetik BH Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, ugutan bunuh dalam bentuk panggilan telefon itu dilakukan saudara terdekatnya.

“Kita sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu (ancaman) namun ia tidak termasuk dalam siasatan kes bunuh yang dijalankan pada masa ini.

“Dia (Allahyarham Nazrin) juga sudah menarik balik laporan polis berkenaan,” katanya.

Menurut Mazlan, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat kedua ke atas Nazrin yang dibuat pada 8 Oktober lalu.


“Laporan berkenaan berkemungkinan mengambil masa agak panjang untuk disiapkan dan kita (polis) tidak mahu mendesak atau mengganggu pasukan perubatan melengkapkan laporan mereka.

“Biarlah mereka, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)perhalusi laporan itu dan dibuat dengan sempurna sehingga kita dapat pastikan laporan berkenaan adalah satu laporan dan kajian yang mantap,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Kota Damansara akibat letupan telefon bimbit yang dicaj dalam bilik tidurnya, namun polis kemudian mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes bunuh selepas menemui kesan petrol di bilik tidurnya.

Jenazah Allahyarham digali dan dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan untuk bedah siasat kali kedua di PPUM pada 8 Oktober lalu bagi membantu siasatan berhubung kes atas permintaan adiknya, Dr Malek Hassan. - CARI
18

Bagus
24

Marah
21

Terkejut
25

Sedih
18

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 16-11-2018 09:58 AM
complicatednya kes ni.
Quote ana_una 16-11-2018 10:03 AM
siapakah saudara terdekat itu..?
Quote paz 16-11-2018 10:09 AM
Bertambah menarik. Sapa agaknya?
Quote mieymiey 16-11-2018 10:10 AM
Arwah diugut bunuh? Buat report, tapi arwah tarik balik laporan tu? Wow.
Quote sukacactus 16-11-2018 10:13 AM
Kan dah ada pasal ni kat thread arwah yg sedia ada
Buka thread byk2 buat pe
Quote jengkoil 16-11-2018 10:15 AM
masih tak dapat pick suspect...terlalu byk suspect kot..ibarat buat root cause analysis with too many factors..
smpi satu tahap..poning nk pilih main factor yg affect change..
Quote meklalala 16-11-2018 10:16 AM
complicated sangat kes ni..mohon tunjuk siapa yang bersalah dalam kes ini, semua rakyat malaysia rasanya nak tahu kesudahan..
Quote 234126 16-11-2018 10:49 AM
penting juga buat laporan polis kalau kena ugut bunuh ni ye even tarik balik at least ada la dlm sistem. some ada yang main2 je tapi kalau jadi betul mcm ni, at least terbela jugak truth prevails.
Quote ahlisihircute 16-11-2018 11:04 AM
apa yg arwah buat smp dapat ugutan bunuh...
pasal harta ker????
Quote CiliPadiSedap 16-11-2018 11:05 AM
kalau tengok csi miami, 2 episod je polis dah dapat cari pembunuhnya. hakikat sebenar csi post mortem memerlukan masa yang agak panjang.

setiap step ada SOP ada prosedur agar bahan siasatan tidak tercemar dan sah diguna untuk mahkamah. jadi janganlah persoalkan kebiwaan anggota perubatan. respect csi kita.
Quote mizruncing 16-11-2018 11:13 AM
ntah laa. iols ttp pikir bini dia n anak tiri jgk yg buat. kes ugut tu untuk gertak arwah je kot mase tu. so bila dh setel sbb tu arwah tarik balik kes tu. maybe ugutan dlu just kebetulan je kot dgn kematian arwah
Quote riyadhK 16-11-2018 06:23 PM
sukacactus replied at 16-11-2018 10:13 AM
Kan dah ada pasal ni kat thread arwah yg sedia ada
Buka thread byk2 buat pe

Nak link thread sebelum ni uols
Quote sharlenetexas 16-11-2018 06:40 PM
Apa khabar minachi? Masih amankah hidup?
Quote Margarita 16-11-2018 06:42 PM
Masih tggu update dari kes ni
Quote giyomi 16-11-2018 06:50 PM
klu yer pon, napa ada bau2 gasoline sehingga terbakar...mana gi org dlm umah tu masa kejadian. very the keliru
Quote sukacactus 16-11-2018 09:26 PM
riyadhK replied at 16-11-2018 06:23 PM
Nak link thread sebelum ni uols

Smlm ada lg threadnya, aku siap komen pasal perkembangan terbaru ni kat situ lg
Tp arini selak blkg2 pun xjumpa
Quote chinta89 18-11-2018 09:53 AM
kesian ngn nasib arwah
Quote yuhuu 18-11-2018 05:03 PM
sukacactus replied at 16-11-2018 09:26 PM
Smlm ada lg threadnya, aku siap komen pasal perkembangan terbaru ni kat situ lg
Tp arini selak bl ...

Ada noks. Chuols cuba cari bah under nama modngengada
Quote Decaffeinated 18-11-2018 09:52 PM
CiliPadiSedap replied at 16-11-2018 11:05 AM
kalau tengok csi miami, 2 episod je polis dah dapat cari pembunuhnya. hakikat sebenar csi post morte ...

kalau tengok CSI kollywood lak dalam 2 episod ja polis sempat bercinta dan kahwin dengan anak mangsa yang masih bayi semasa pembunuhan... ko mampu...



Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065195 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top