Anda lebih selesa berambut pendek atau panjang? Rambut yang pendek biasanya lebih rapi dan kemas serta senang diuruskan berbanding rambut panjang.
Individu yang memiliki rambut panjang perlu sentiasa menjaga kekemasan dan kebersihan aset yang dimiliki sepanjang masa. Namun, ia bergantung kepada minat masing-masing untuk memilih gaya rambut mana yang lebih selesa.
Abril Lorenzatti, remaja berusia 18 tahun memilih untuk hidup dengan rambut panjangnya hingga mencecah 1.52 meter. Punca beliau tidak lagi memotong rambutnya adalah kerana trauma dengan fesyen rambut yang digunting oleh sebuah kedai gunting 11 tahun lalu. Sejak hari itu, beliau tidak lagi menggunting rambut.
Remaja yang berasal dari Argentina ini mempunyai rambut terpanjang dalam Guiness World Record untuk kategori remaja. Beliau digelar Rapunzel oleh orang sekelilingnya. Apabila ditanya jika beliau mempunyai rutin khas dalam penjagaan rambutnya, beliau menjelaskan rutinnya sama seperti orang lain, menggunakan syampu dan perapi yang dijual di farmasi. Ibunya pula membantu meleraikan hujung rambut yang kusut yang tidak dapat dicapai oleh Abril. Abril juga membiarkan rambutnya kering dengan sendiri tanpa menggunakan pengering rambut. Namun, Abril menghadapi sedikit masalah setiap kali angin kuat apabila keluar dari rumah dan setiap kali menaiki tangga disebabkan rambutnya yang sangat panjang. Memiliki rambut yang panjang bukan mudah. Jika tidak pandai menguruskannya, mungkin anda boleh kelihatan seperti pontianak. Adakah anda juga pemilik rambut panjang seperti Abril? Atau lebih panjang daripadanya? Manalah tahu, mungkin anda pemegang rekod seterusnya! - CARI |
12
Bagus |
17
Marah |
24
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT