Penyanyi Zayn Malik, 25, mengesahkan beliau tidak lagi menganut ajaran Islam dalam satu temubual terkininya. Pengumuman Zayn itu dikecam oleh peminatnya, terutamanya yang beragama Islam.
Dalam temubual dengan British Vogue, bekas penyanyi One Direction itu berkata beliau tidak lagi mengamalkan ajaran Islam dan kini tidak percaya kepada mana-mana agama. Beliau memberitahu Vogue walaupun beliau mempunyai kepercayaan rohani tentang wujudnya Tuhan, beliau tidak melihat keperluan untuk sembahyang setiap hari atau memakan hanya makanan halal. Pengumuman Zayn itu dikecam oleh peminatnya di media sosial yang berkata mereka malu dengan tindakan Zayn itu dan mengkritiknya kerana mempersendakan agama. Zayn berkata ‘beliau tidak percaya keperluan hanya memakan sesetengah daging, atau berdoa dalam bahasa khas semasa sembahyang lima kali sehari tetapi beliau percaya kalau seseorang manusia berbuat baik, semua orang akan melayannya dengan baik dan semuanya akan berakhir dengan baik ’. Bintang itu berkata keluarganya tidak mempersoalkan keputusannya, walaupun sebelum ini Zayn pernah mempelajari Islam dan bersembahyang di masjid sejak masih kecil lagi. Zayn memberitahu keluarganya memberikan kebebasan kepadanya dan adik-beradiknya untuk memilih haluan masing-masing. Bapa Zayn berketurunan British-Pakistan manakala ibunya Trisha, seorang warga British yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan ayahnya. Adik beradik Zayn juga dibesarkan dalam keluarga Islam sejak kecil. Kenyataan Zayn mencetuskan kontroversi di internet dengan pelbagai kecaman walaupun ada juga yang berkata Zayn berhak memilih sendiri tanpa dihakimi dan ini adalah antara Zayn dengan Tuhan. Sebelum ini Zayn pernah menyatakan rasa bangganya menganut Islam dan memuatnaik gambar-gambarnya merayakan Qurban dan Hari Raya bersama keluarganya dan teman wanitanya, Gigi Hadid, 23. - CARI |
1
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gerbera.memopad replied at 21-11-2018 12:54 PM
Islam tak Islam, tak ada beza pun dengan cara hidup dia selama ni. So tak terkejut pon.
ADVERTISEMENT