Monyet sebenarnya boleh dijinakkan namun majoritinya lebih suka mengacau aktiviti manusia dan ada juga spesies yang membahayakan dan boleh mengancam nyawa.
Adakah kawasan rumah anda sering didatangi monyet? Jika ya, maka tips di dalam artikel ini sememangnya untuk anda. Bagaimana caranya untuk menghalau monyet? 1. GUNAKAN TONG SAMPAH BERTUTUP Bukan setakat di luar rumah anda, bahkan kejiranan anda seharusnya mempunyai tong sampah yang berpenutup. Ini kerana jika makanan mudah didapati di kawasan longgokan sampah yang terbuka, pastinya senang menarik kedatangan monyet. 2. JANGAN BIASAKAN BERI MAKANAN
Jangan biasakan memberi makanan kepada monyet di kawasan rumah anda contohnya memberi pisang. Ini kerana monyet akan kembali semula ke tempat di mana anda memberinya makan dan perkara ini akan sentiasa berulang. 3. SENTIASA PETIK DAN KUTIP BUAH Jika anda mempunyai pokok buah di kawasan rumah anda, pastikan buah sentiasa dipetik apabila sudah masak. Pokok buah akan menjadi tarikan kepada monyet. Jika masalah ini berlanjutan, mungkin anda perlu fikirkan semula sama ada perlu atau tidak meneruskan tanaman buah tersebut. Jika anda ada menanam sayur-sayuran di atas tanah, mungkin anda boleh memasang gelung dawai untuk menghalau binatang. 4. PASANG LANGSIR ATAU PENUTUP JARING PADA TINGKAP Adalah lebih baik jika anda menutup tingkap dengan sesuatu supaya makanan di dalam rumah tidak menarik perhatian monyet. Monyet tidak dapat melihat serta masuk ke rumah melalui tingkap. 5. ELAKKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK Bunyi beg plastik akan menarik perhatian monyet. Monyet mempunyai rasa ingin tahu dan akan merampas beg plastik dari tangan anda kerana menyangka ada makanan di dalamnya. Monyet sememangnya gemar mencuri dan melarikan makanan. 6. CUBA TAKUTKAN MONYET Cara menakutkan monyet ialah menggunakan alatan tertentu. Sentiasa pastikan anda mempunyai sesuatu untuk menakutkan mereka. Contohnya, sediakan kayu besar, hos paip atau apa-apa penyembur air di rumah anda untuk menakut-nakutkan monyet yang datang ke rumah secara tiba-tiba. Buat mereka rasa kedatangan mereka tidak dialu-alukan. 7. PASANG TEMBOK ELEKTRIK Hasil kajian mendapati tembok elektrik dapat mengelakkan kehadiran monyet tanpa membunuhnya. Namun anda harus mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu tentang cara pemasangan yang betul. Ayuh amalkan tips di atas jika tak mahu lagi diganggu monyet! -CARI |
4
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 25-2-2019 02:28 PM
nak block monyet kt cariforum naikkan RP je sis
RIP ahchong
ADVERTISEMENT