Kucing sememangnya mempunyai bunyi (ngiauan) yang khas seperti ketika sedang bermanja, meminta sesuatu seperti makanan, bergaduh, atau cuba menarik perhatian pasangan lawan jantina.
Tetapi, seekor kucing di Jepun menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza daripada kebanyakan. Biasanya, kucing akan mengiau tetapi kucing yang dinamakan Chobimaru ini tidak pandai mengiau. Sebaliknya, apabila ianya mendekati pemiliknya untuk menarik perhatian, Chobimaru akan mengeluarkan bunyi seakan-akan ‘loliloli’, lapor SoraNews24. Pemilik kucing itu, LLR (@llritotomohiro) telah berkongsi rakaman video berkenaan di laman Twitter yang kini menjadi tular. "Ini bukan kali pertama Chobimaru mengeluarkan bunyi loliloli, ia seakan-akan suara manusia yang bercakap. Menakutkan!" katanya. Sementara itu, ada netizen berpendapat bunyi yang dikeluarkan Chobimaru seakan-akan seseorang lelaki mabuk yang cuba membaca jampi serapah. Di antara bunyi ‘loliloli’nya itu, Chobimaru juga mengeluarkan bunyi menghidu yang kuat menghasilkan gabungan suara yang sangat ganjil. Video yang telah dimuat naik LLR @llritotomohiro itu kini tular dan ditonton lebih empat juta orang! Bagaimanapun, beberapa pemilik kucing yang berpengalaman menyatakan bunyi-bunyian itu adalah normal dan hanyalah satu tindak balas kucing untuk memberikan amaran. LLR mengucapkan terima kasih kepada netizen yang risaukan keadaan kucingnya. Khabar terkini daripada LLR mengatakan Chobimaru kini sudah boleh mengiau seperti kucing lain! Kucing anda pernah mengeluarkan bunyi pelik seperti Chobimaru? - CARI
|
15
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 22-11-2018 12:10 PM
just exterminate this scary lttle shit
ADVERTISEMENT