Adakah anda pernah ditanyakan oleh kawan-kawan tentang warna baju di dalam gambar ini? Tentu mengelirukan jika melihat jawapan kawan-kawan anda bukan? Penulis juga ada ditanyakan perihal warna baju di dalam gambar itu. Lalu dengan yakin penulis menjawab belang hitam dan biru. Namun penulis merasa sangat hairan kerana ada rakan yang melihat dengan warna yang berlainan. Belang emas dan biru? Eh mana pula datangnya warna emas?Ada juga yang menyebut putih dan belang emas...bertambah pelik lah bila memikirkannya. Rabun warna agaknya mereka. Melalui penjelajahan penulis di alam maya, maka penulis dapat menyimpulkan apa yang berlaku. Sebenarnya ia kerana tafsiran otak kita ke atas keseimbangan warna putih.
Contoh mudah apabila jurufoto ingin mengambil sesuatu gambar. Sekiranya tiada pencahayaan yang sempurna atau dikatakan kesimbangan warna putih, objek yang ingin ditonjolkan tidak akan nampak sempurna seperti asalnya. Dalam perihal gambar baju ini, kamera yang menangkap gambar tersebut dirasakan kurang sempurna keseimbangan warna putihnya. Kamera tersebut meletakkan warna putih di titik sempadan yang berbeza, yang menyebabkan otak manusia mentafsir dengan jawapan berbeza-beza. Jadi anda bagaimana? Dah cuba ke bertanya pada rakan-rakan anda. Sebagai makluman, dikatakan warna sebenar baju ini ialah belang biru dan hitam. - CARI |
Orix replied at 6-12-2018 05:30 PM
Baru keluar Gua Niah ke
ADVERTISEMENT