CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hotel Ini Tiada Kunci, Tetapi Pengunjung Tetap Rasa Selamat!

27-11-2018 11:07 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4677| Komen: 11|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Setiap kali mendaftar masuk ke mana-mana hotel, benda yang akan dihulurkan kepada penginapnya pastinya kunci atau kad kunci bilik yang ditempah. Mana-mana bilik hotel sekali pun tidak akan lengkap tanpa kunci baik manual mahu pun sistem kunci automatik. Kita tidak akan rasa selamat jika pintu tidak dikunci semasa tidur di hotel, betul atau tidak? 

Namun tidak bagi Mi-Pad Smart Hotel. Pengunjung yang menginap di hotel ini tetap rasa selamat walaupun tidak dibekalkan dengan kunci bilik. Anda nak tahu mengapa? Jom baca KEISTIMEWAAN hotel Mi-Pad!

Mi-Pad Smart Hotel mempunyai 6 tingkat, dengan jumlah keseluruhan 57 buah bilik. - Kredit foto : news.com.au


Sebenarnya Mi-Pad Smart Hotel adalah sejenis hotel pintar. Seperti mana konsep telefon pintar, begitulah juga hotel pintar. Ia merupakan hotel pintar pertama di New Zealand! Mi-Pad Smart Hotel baru sahaja dibuka baru-baru ini di Queenstown. Harga setiap bilik serendah RM 660! 


Pengunjung memilih warna ungu untuk pencahayaan bilik mereka. Kredit foto : news.com.au


Memandangkan ia menggunakan sistem teknologi tinggi, pengunjung perlu memuat turun aplikasi khas ke dalam telefon pintar atau peranti mereka. Aplikasi itu diberi nama Mia yang dicipta khas oleh hotel tersebut.

Dengan aplikasi Mia, pengunjung boleh mengunci serta membuka kunci automatik pada pintu bilik hotel mereka menggunakan fungsi yang disediakan.

Kredit foto : Nz Herald


Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memilih sendiri  warna pencahayaan untuk bilik mereka, memanaskan suhu bilik, memesan tuala baru, menghantar pesanan kepada tetamu bilik lain, mencari lokasi restoran berdekatan atau kaji cuaca serta banyak lagi hanya dengan menggunakan aplikasi Mia. 

Terdapat wifi percuma bagi setiap bilik serta lampu sensor cahaya di bilik mandi. Mesin ais dan mesin vending disediakan di setiap aras bagi memudahkan pengunjung untuk menikmati minuman kopi, teh, serta bijirin sarapan. 

Apa yang paling menarik mengenai hotel ini ialah pengunjung  bebas mendaftar masuk dan keluar pada bila-bila masa siang atau malam, hanya dengan menggunakan aplikasi tersebut. 

Walau bagaimanapun, hotel Mi-Pad ini tetap menyediakan pekerja yang ramah dan sangat membantu. 

Jom layan gambar suasana bilik-bilik di hotel tersebut serta kemudahan yang ada. 

Kredit foto : news.com.au & agoda

Wah, segalanya sungguh mudah di Hotel Mi-Pad!  Apa lagi yang anda mahu? - CARI 


29

Bagus
22

Marah
25

Terkejut
14

Sedih
20

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 27-11-2018 12:36 PM
Wah menarik konsepnya tak perlu risau kalau kad bilik hilang ke hapa guna phone dah boleh
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 01:17 PM
Bukan tak ada kunci pun

Cuma kunci pakai hp
Quote Dark_Vampire 27-11-2018 01:25 PM
bawak hs sajer...
Quote mdhelmi 27-11-2018 03:29 PM
jgn betri kong masa nk masuk bilik sudah
Quote BoongaKertas 27-11-2018 05:28 PM
kalau hp kena cilok? entah kenapa, iols still rasa x selamat. kalau hp sistem kena hacked?
Quote taniabecks92 27-11-2018 06:05 PM
BoongaKertas replied at 27-11-2018 05:28 PM
kalau hp kena cilok? entah kenapa, iols still rasa x selamat. kalau hp sistem kena hacked?

Hotel ni ade pekerja. so i assume kalau siapa2 ade masalah boleh turun bwh cari pekerja dia cm biasa hehe
Quote BoongaKertas 27-11-2018 08:10 PM
taniabecks92 replied at 27-11-2018 06:05 PM
Hotel ni ade pekerja. so i assume kalau siapa2 ade masalah boleh turun bwh cari pekerja dia cm bia ...

Maybe lah kot kan chuols
Quote NmeeraR 28-11-2018 11:11 PM
Menarik habis. Tapi alau Bateri habis, matilah nokk!
Quote puanbintang 29-11-2018 11:42 AM
walaupun canggih  tapi nak tido kat situ memang kena pk panjang jugakla..
Quote CiliPadiSedap 8-12-2018 05:59 AM
Kaka pernah tidur hotel ni dekat dengan  serambi moscow market morning pasar ox . Kaka beli sendal pintu. Xkuasa nak download apps bagai.
Quote CiliPadiSedap 8-12-2018 06:01 AM
Satu kontena rm 15000 paling murah.. kt malaysia xsesuai buat konsep begini kecuali bajet hotel, desa inap atau tepi pantai..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055882 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top