Artis simbol seks adalah seorang pelakon atau penyanyi yang dikenali ramai kerana tarikan seksualnya. Seorang artis simbol seks juga tidak mengira lelaki atau wanita, ahli muzik, peragawati, bintang remaja atau personaliti TV/Radio.
Di Hollywood, takrifan simbol seks juga digunakan untuk ahli sukan dan juga ahli politik. Perkataan ‘simbol seks’ mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1950-an yang merujuk kepada populariti beberapa bintang filem seperti Marilyn Monroe, Brigitte Bardot, Marlon Brando dan Raquel Welch. Di negara kita, gelaran ini jarang digunakan secara terbuka kerana masyarakat mengaitkannya dengan konotasi negatif. Walau bagaimanapun, ramai artis yang tidak terlepas daripada menerima gelaran ini lantaran aura mereka yang mempersonakan dan menarik pandangan umum. Antara mereka yang sinonim dengan gelaran ini ialah; 1. Saloma (1950-an)
Saloma merupakan bintang filem kelahiran Singapura yang bukan sahaja ternama tetapi juga menjadi trendsetter dan ikon fesyen sekitar penghujung 1950-an. Saloma bermula sebagai pelakon watak kecil dalam filem Azimat, tetapi kerana pesonanya beliau diangkat memegang watak utama dalam filem-filem arahan P.Ramlee seperti Seniman Bujang Lapok dan Ragam P. Ramlee. Saloma dan P.Ramlee kemudiannya menjadi pasangan dalam dan luar filem paling masyhur dalam industri perfileman negara. 2. Jins Shamsudin (1960-an) Mula menceburkan diri dalam dunia lakonan melalui filem Keadilan Illahi, Jins kemudiannya menjadi idola anak muda ketika membintangi filem Pancha Delima arahan P. Ramlee. Kemuncak auranya sebagai simbol seks boleh dilihat dalam filem aksi sebagai Jefri Zain, watak macho ala-James Bond yang popular sekitar penghujung 1960-an. 3. Noreen Noor (1980-an) Bermula sebagai penyanyi, bintangnya semakin menyinar apabila menceburkan diri dalam bidang perfileman. Antara lakonannya termasuklah filem Talak, Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. Beliau antara pelopor pose baring seksi di majalah hiburan tempatan. Tetapi, beliau tidak perlu berpakaian mendedahkan untuk menjadi simbol seks, cukup dengan aksi manja dan jelingan matanya yang menggoda. 4. Ziela Jalil (1990-an) Ziela Jalil mula menceburkan diri dalam dunia lakonan menerusi filem-filem komedi di bawah arahan A.R Badul pada tahun 1980-an. Beliau kemudiannya dilamar produser Indonesia di mana beliau dipasangkan dengan aktor simbol seks negara itu, Barry Prima dalam filem Tarzan Rimba. Peminat di tanah air kemudian dikejutkan dengan berita kononnya Ziela telah berlakon mendedahkan buah dada ketika membintangi beberapa lagi filem di sana. Walau bagaimanapun, gosip itu dinafikan oleh Ziela. Ziela adalah artis simbol seks yang dikenali dengan tubuhnya yang montok dan pakaian seksi ketika berlakon. 5. Sofea Jane (1990-an) Gadis kacukan yang mula diperkenalkan dalam filem Mira Edora, kemudian berlakon dalam Harry Boys terbitan Julie Dahlan. Seperti beberapa pelakon seksi lain, Sofea tidak segan-silu berpakaian renang untuk menghidupkan wataknya. Selepas berlakon beberapa filem picisan, beliau kemudiannya menonjolkan mutu lakonan memberangsangkan dalam filem Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan, Isteri dan..., serta Sayang Salmah sehingga memenangi anugerah Artis Paling Popular pada tahun 1993. 6. Edika Yusof (1990-an) Edika Yusof adalah model kacukan yang mencipta nama kerana wajah kacaknya serta tubuh yang tegap. Beliau muncul dalam beberapa iklan popular tahun 1990-an antaranya Wrangler Jeans, Kingsway dan Peter Stuyvesant. Gaya dandanan rambut dan pakaiannya menjadi ikutan remaja ketika itu. Beliau kemudiannya mengorak langkah dalam bidang perfileman antaranya menerusi filem-filem arahan Yusof Haslam dan Aziz M. osman. Selain bintang filem di atas, terdapat juga beberapa artis sekitar tahun 2000 yang sinonim dengan gelaran simbol seks antaranya Zila Bakarin, Hans Isaac, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz dan, Rozita Che Wan. Walau bagaimanapun, pesona mereka tidak sekonsisten generasi simbol seks sebelumnya. Siapakah bintang senior lain yang anda rasa layak digelar simbol seks? Bagaimana pula dengan generasi BBNU? Hampir semua artis baru berlumba-lumba ingin menjadi simbol seks, tetapi tidak ditunjangi dengan bakat. Siapakah di antara mereka yang bakal malar segar seperti artis-artis senior di atas? - CARI
|
9
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Temenung replied at 21-11-2018 12:11 PM
Kalau bbnu skrang tanpa segan silu nya iols mencalonkan Zahirah Macwilson
bukan_ustazah replied at 21-11-2018 12:16 PM
zahira mac tak seksi pada iols dia takde aura menggoda. Zila bakarin jangan dilupaaa
chicozinn replied at 21-11-2018 12:11 PM
slain jins shamsuddin bagi aku mustapha maarof time muda2 hensem yachh..skali pandang muka dia cm di ...
minguk replied at 21-11-2018 12:21 PM
tu siapa anak artis yang cucuk bibir tu, samam mak dia cucuk juga tu...
yang bapaknya singh tu
ADVERTISEMENT