CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Persis Dunia Harry Potter: Alaminya Sendiri Di Airport Changi!

6-12-2018 06:47 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 6716| Komen: 5|Original author: Oleh: CSuy

Pesona Harry Potter masih berterusan, lebih-lebih lagi setelah pelancaran filem terbaru dari francais ini iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Bagi para peminat francais ini yang teringin untuk mengalami dunia penuh magis Harry Potter, jangan lepaskan peluang untuk melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Ini kerana lapangan terbang ini sedang mengadakan acara "Wizarding World Holiday at Changi".

Kredit Foto: Airport Changi

Untuk masa yang terhad, lapangan terbang yang telah dinobatkan sebagai World Best Airport 2018 oleh Skytrax ini menawarkan replika-replika bersaiz sebenar beberapa lokasi dari dunia magis ciptaan penulis tersohor, J.K. Rowling. Wah! bukan senang nak dapat peluang sebegini! Sebelum ini, pengalaman sebegini hanya boleh dinikmati di tiga taman tema terpilih iaitu Universal Orlando Resort, Universal Studios Hollywood dan Universal Studios Jepun.


Memetik CNN, penumpang yang melalui Terminal 3 lapangan terbang ini berpeluang untuk melawat lokasi terkenal, Hogsmeade Village yang menempatkan kedai manisan HoneyDukes (jangan ketinggalan mencari Bertie Botts Every Flavour Beans), kedai teh Madam Puddifoot, kedai barangan jenaka Zonko yang acapkali menjadi pilihan si kembar nakal Fred Weasley dan George Weasley, pusat pos burung hantu dan tidak dilupai, keretapi ekspres Hogwarts. Hmm, jumpa atau tidak ya Pelantar 9 ¾?


Tambahan lagi, pengunjung Terminal 3 turut berpeluang melawati Diagon Alley, lokasi yang terkenal dengan hasil jualan pelbagai bekalan barangan ahli-ahli sihir. Di sini ditempatkan beberapa kedai seperti Quality Quidditch Supplies dan kedai si kembar nakal Weasley, Weasleys' Wizard Wheezes.


Manakala di Terminal 2 pula, terdapat sebuah replika pohon ganas Whomping Willow yang pernah menyerang kereta kepunyaan ayah Ron Weasley, sahabat karib Harry Potter. Jangan risau, replika ini tidak akan mengancam keselamatan anda ketika berswafoto. Selain itu, jangan ketinggalan untuk melawati Newt Scamander's Managerie, tempat di mana Newt Scamander menyimpan koleksi haiwan-haiwan magisnya.


Menyentuh mengenai watak ahli sihir yang dilakonkan oleh pelakon Eddie Redmayne itu, beberapa lokasi yang dipetik dari filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald juga boleh dilawati di Terminal 1. Yang mana satu agaknya? Shhhh.. rahsia!

Bukan sekadar diorama sahaja, para pengunjung lapangan terbang antarabangsa Changi turut berpeluang untuk mencuba beberapa aktiviti menarik seperti aktiviti permainan Quidditch, mencuba pakaian seragam Hogwarts di kedai Madam Malkin's Robes for All Occassions dan aktiviti-aktiviti lain yang direka untuk mereka yang perlu menunggu lama untuk penerbangan seterusnya.

Kredit Foto: Instagram icyblood33

Nampak susah juga ya permainan Quidditch ni! Hati-hati, jangan asyik sangat bermain Quidditch, nanti terjatuh pula!

Kredit Foto: CNN

Bagi yang ingin mendapatkan tanda kenangan, pelbagai barangan cenderamata Harry Potter turut dijual. Rambang matalah alamatnya!

Kredit Foto: Instagram ivanntc2

Walaupun demikian, para pengunjung digalakkan untuk datang lebih awal agar dapat menempah slot masa untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Memetik The Straits Time, dunia magis "Wizarding World Holiday at Changi's" sudah mula dibuka sejak 16 November. Ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Februari 2019, manakala aktiviti-aktiviti yang ditawarkan akan berakhir pada 6 Januari 2019.

Kredit Foto: Changi Airport

Tunggu apa lagi? Jika anda sedang merancang untuk bercuti, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan mengalami sendiri dunia magis Harry Potter! Ikuti tanda pagar #ChangiWizardingWorld untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akumak 6-12-2018 11:11 PM
Wah nenarik!!!!{:iwant
Quote chiarina 7-12-2018 02:01 AM
mantap kali si ini,
Quote leyassi 7-12-2018 04:06 PM
kat sini tak nak buat ke???? menarikkk. best nye.sis peminat tegar harry potter ni.
Quote Artemesiaa 8-12-2018 10:17 AM
Tiap tahun ada je idea menarik mereka untuk pelancong
Quote hungryhenry 8-12-2018 10:26 AM
Aku transit kat sini 17hb nov and 28nov kat terminal 2 dan 3. Serius tak perasan ade semua ni.  Sesapa yg transit ada Transit reward 20sgd

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042163 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top