Pelakon Jim Carrey, 56, kini sudah bertahun-tahun tertekan, hidup menyendiri dan enggan menerima sebarang tawaran berlakon sejak keluarga bekas kekasihnya Cathriona White menuduh beliaulah punca Cathriona membunuh diri pada tahun 2015.
Dalam temu bual dengan Radio Times, pelakon itu sendiri mengaku beliau kini tinggal seorang diri tetapi menikmati masanya dengan hobi membaca, melukis dan mengukir. ‘Saya juga keluar rumah sekali sekala’ katanya. Bagaimanapun , peminatnya dikatakan bimbang dengan kehidupan baru Jim itu. Semuanya dikatakan bermula apabila Jim Carrey disaman oleh keluarga Cathriona kerana menyebabkan kematiannya.
Sebelumnya ketika Jim dan Cathriona baru berpisah, Cathriona yang kemudiannya berkahwin dengan Mark Burton telah menyaman Jim atas tuduhan menjangkitinya dengan penyakit kelamin (STD), bagaimanapun saman itu ditolak mahkamah apabila mendapati Cathriona memalsukan laporan doktor tersebut. Selepas kematiannya kerana membunuh diri, ibu Cathriona dan Mark Burton pula menyaman Jim Carrey kerana dikatakan punca Cathriona terjebak dengan dadah sehingga ketagihan dan membunuh diri. Bukti yang dikemukakan adalah nota bunuh diri yang diambil dari iPad milik Cathriona. Sekali lagi pada tahun 2016, saman keluarga Cathriona itu ditolak oleh mahkamah. Bagaimanapun, pengalaman tiga tahun dengan drama mahkamah itu rupanya mengubah perangai Jim Carrey dari seorang yang periang kepada seorang yang murung, sehinggakan terdapat khabar angin mengatakan beliau terpaksa mendapat rawatan mental. Dalam satu temu bual tahun lalu Jim menafikannya dan mengatakan ‘Saya sudah tidak tertekan, tetapi seperti cuaca, kadang kala hari-hari saya mendung, tetapi hujan yang datang tidak terlalu lebat untuk melemaskan saya’ . Tetapi para peminatnya tidak percaya. ‘Beliau nampak tertekan dan kami bimbang mengenainya’ kata mereka di twitter. - CARI
|
15
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meiya_loya replied at 22-11-2018 12:58 PM
kesiannya Jim. But i still think that girl yg xboleh move on. gurl tu dah kawen baru pun still nak t ...
‘Saya sudah tidak tertekan, tetapi seperti cuaca, kadang kala hari-hari saya mendung, tetapi hujan yang datang tidak terlalu lebat untuk melemaskan saya’ .
azwanaliori replied at 22-11-2018 04:07 PM
Ade je dia berlakon series apa yg xdenye
ADVERTISEMENT