Sekumpulan puak terasing yang tinggal di Kepulauan Andaman berdekatan India dipercayai memanah mati seorang lelaki warga Amerika apabila cuba mendekati dan melawat perkampungan mereka tanpa izin.
John Allen Chau, 27, seorang pengembara dan mubaligh, berniat menyebarkan ajaran Kristian di kalangan puak Sentinelese iaitu antara beberapa puak yang belum pernah terdedah kepada dunia luar. Laporan polis merekodkan John Allen sudah tinggal di Pulau Andaman sejak 16 Oktober dan pada 14 November, beliau meminta bantuan nelayan untuk membawanya masuk ke Pulau North Sentinel berhampiran tempat puak itu tinggal.
Sebaik menghampir pulau berkenaan, John Allen menyambung perjalanannya dengan kayak sementara nelayan itu kembali ke Pulau Andaman. John dikatakan membawa bersamanya hadiah termasuk bola, mata kail, gunting dan ubat-ubatan. Bagaimanapun, mayat John Allen kemudiannya dilihat tersadai di tepi pantai tiga hari kemudian oleh sekumpulan nelayan. Nelayan yang tidak berani mendekati pulau itu memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa dan berita itu kemudian sampai kepada keluarga John Allen di Amerika Syarikat yang membuat laporan kepada Konsulat Amerika Syarikat di Chennai. Laporan susulan menyatakan puak itu dilihat menanam mayat John di kawasan pantai berdekatan. Beberapa hari lalu, keluarga John Allen menerusi laman sosial memberi penghormatan kepada mendiang dan menyatakan kesedihan mereka di atas kematiannya. Mereka juga memaafkan puak Sentinelese yang dipercayai bertanggungjawab membunuhnya. Susulan kematian lelaki itu, polis menahan beberapa nelayan yang disyaki membantunya menyelinap masuk ke pulau larangan berkenaan. Menurut Shopie Grig, seorang pakar penyelidik dari Survival international, puak Sentinelese berkemungkinan besar menyangka John Allen berniat jahat. Kini, puak itu dipercayai hanya tinggal 100 orang dan tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap jangkitan penyakit. 'Sekiranya John Allen berjaya bergaul dengan mereka, puak itu akan lenyap serta merta kerana tidak ada daya ketahanan badan untuk melawan sebarang penyakit moden, kata pakar penyelidik itu. Kerajaan India mengambil pendekatan memerhati puak itu dari jauh. John Allen juga bukanlah orang pertama yang terbunuh. Pada tahun 2006, dua nelayan asing yang menangkap ikan secara haram berdekatan pulau itu juga dijumpai mati dengan kesan anak panah di seluruh tubuh mereka. - CARI
|
10
Bagus |
9
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mirandanicky1 replied at 30-11-2018 12:53 PM
Yg kau pi kacau tempat diaorg tu buat apa. Byk lg tempat lain blh pergi dlm dunia ni
buapakperut replied at 30-11-2018 01:20 PM
Eskimo: 'If I did not know about God and sin, would I go to hell?' Priest: 'No, not if you did not k ...
CiliPadiSedap replied at 30-11-2018 02:03 PM
kaka nak tanya siapa curi kapur kasut sekolah anak kaka dan sapu pada orang asli
ADVERTISEMENT