Video seorang remaja lelaki dari Cambodia mengejutkan netizen seluruh dunia dengan kemampuannya bertutur sekurang-kurangnya 15 bahasa.
Video yang menunjukkan Salik Thuch, 14, sedang menjual cenderamata di perkarangan candi Angkor Wat kini telah dilihat dan dikongsi oleh berjuta-juta penonton seluruh dunia. ‘Saya boleh bertutur bahasa Mandarin, Kantonis, Thai, Inggeris, Korea, Melayu, Filipina….’ kata Salik dalam video tersebut.
Video itu dirakam dan dimuat naik oleh seorang pelancong Malaysia bernama Venus GWC sebelum tular. Dalam video itu, kelihatan Salik cuba memujuknya untuk membeli cenderamata daripadanya menggunakan pelbagai bahasa tanpa mengalami kesukaran. ‘Beli satu cenderamata, saya akan menyanyi untuk kamu’ kata Salik dalam bahasa mandarin sebelum menyanyikan sebuah lagu. Menurut Salik, beberapa orang ahli keluarganya boleh bertutur bahasa asing, termasuk adik lelakinya , 11 tahun yang boleh bertutur dalam 11 bahasa asing. Menceritakan kerjanya Salik berkata dia dan adiknya pergi ke sekolah pada waktu pagi manakala pada waktu petang mereka membantu keluarga menjual cenderamata sekitar candi Angkor Wat. ‘Kami belajar banyak bahasa ketika bergaul dengan pelancong asing’ katanya lagi. Ramai netizen yang terpegun dengan kebolehan Salik. Seorang pengguna Weibo mencadangkan Salik dihantar untuk bersekolah ke Beijing memandangkan Salik meluahkan keinginannya untuk ke sana. ‘Salik sangat berbakat dalam bahasa’ kata mereka lagi. Semoga nasib Salik akan bertambah baik dengan tularnya video ini. -CARI
|
21
Bagus |
10
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
myakayina replied at 23-11-2018 12:17 PM
dengan pelancong malaysia yg viralkan heols..
Sang_Pencinta replied at 23-11-2018 12:22 PM
Dia ni pun perlu dipuji juga sebab kalau tengok video tu dia pun pandai cakap banyak bahasa kan?
Ferr_Remy replied at 23-11-2018 06:52 PM
Pernah pergi angkor wat, diorg penjual cenderamata ni sesak da, suka paksa. Tp diorg asek ckp MAGAND ...
drivethru replied at 23-11-2018 07:48 PM
Umur 14 ke. Mase mula2 viral aritu, ingat kan umur baya budak2 sekolah rendah. Amoi yg viral kan tu ...
Sang_Pencinta replied at 23-11-2018 07:01 PM
Saya pun pernah sis. Mengekor sana sini.
jazaa100 replied at 24-11-2018 07:12 PM
Tak baik tau....
Klu tanak pun, ckp elok elok...
ADVERTISEMENT