CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ramai Manusia Tak Berperikemanusiaan"- Netizen Persenda Cubaan Bunuh Diri Di KLCC

26-11-2018 10:57 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 7031| Komen: 21|Original author: Oleh: Myeonir

Baru-baru ini, laman sosial kecoh dengan berita seorang lelaki mencuba untuk terjun dari tingkat enam KLCC dalam percubaan membunuh diri.



Daripada cerita yang disampaikan, ada yang mengatakan mangsa bergaduh dengan teman wanitanya dan ada juga mengatakan bahawa dia sedang dibebani hutang ahlong, lalu mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.

Atas kecekapan ahli bomba di tempat kejadian, mangsa berjaya diselamatkan selepas dua jam sebelum berlaku perkara tidak diingini.


Kredit foto: Bernama

Berita ini menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Pun begitu, agak menyedihkan kerana kebanyakan netizen mempersendakan situasi serius ini dan boleh berjenaka tentang KLCC yang kononnya bakal berhantu selepas ini.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Ada juga yang membuat lawak dengan mengatakan bahawa mangsa ingin mati dengan bergaya sebab itu mengambil keputusan untuk terjun di KLCC.


Kredit foto: Twitter

Walaupun begitu, masih ada juga netizen yang mengecam sikap tidak endah orang lain terhadap isu ini. Mereka mengkritik orang Melayu yang kurang rasa simpati selain menekankan masyarakat Malaysia yang sangat terkebelakang dalam menghadapi masalah mental seperti depresi dan stres.


Kredit foto: Twitter

Macam mana masalah mental hendak ditangani kalau ia terus menjadi gurauan oleh masyarakat Malaysia? - CARI
2

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
7

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 26-11-2018 11:17 AM
Yang komen pun ramai budak budak hingusan..
Quote tagas 26-11-2018 11:31 AM
Netizen pun mostly mental

ramai org mental nowadays
Quote Makcik_bawang 26-11-2018 11:39 AM
Sama macam orang2 kat forum ni lah. Sebijik. Masing-masing bab mengutuk orang nombor 1.
Quote Orix 26-11-2018 12:02 PM
Selayaknya lah dikecam. Menyusahkan org ! Kalau betul nak mati apsal pilih klcc tmpt yg ramai org ? Takat tgkat 4 je... mengada lebih...

Iols x sokong dan kesian dgan org depress smpai nk suicide ni. Tapi iols no mercy dgan org yg menyusahkan org lain....
Quote kroit92 26-11-2018 12:07 PM
Makcik_bawang replied at 26-11-2018 11:39 AM
Sama macam orang2 kat forum ni lah. Sebijik. Masing-masing bab mengutuk orang nombor 1.

baca komen, lepas tu baca nama

i am in confusion
Quote myakayina 26-11-2018 12:18 PM
nasib baik abam bomba cepat bertindak..
Quote fushimi 26-11-2018 12:20 PM
nak bunuh nak jugak tempat have have

len kali nak bunuh diri diam diam sudah

tau tau ko mati

satu kerja pulek abam bomba nak bermadah pujanga nak memujuk ko
Quote Zaien 26-11-2018 12:21 PM
dia berbelah bg nk terjun or x..
sbb aku bc yg ckp klau btol niat btol nk terjun tu mesti dh terjun awal dh tanpa tnggu pihak yg lain dtg kan hehe

ntah la cuma sedih la skang tipis iman ey trus p.k nk tamat riwayat

ni cina ke mlyu or india??
Quote duri_durians 26-11-2018 02:02 PM
melayu what do you expect.

kalau benda jadi kat dia bukan main merayu minta simpati paksa orang faham.

kalau jadi kat orang lain?

Quote EncikRhoma 26-11-2018 02:19 PM
kalau artis caucasian yg commit suicide siap Rest in peace lagi...hahaha
Quote gdspls 26-11-2018 02:51 PM
sebab hutang dgn along kan?..
bukan putus cinta kan?..
Quote eyansss 26-11-2018 03:01 PM
gdspls replied at 26-11-2018 02:51 PM
sebab hutang dgn along kan?..
bukan putus cinta kan?..

hutang along, gepren lari, bini merajuk...

aku memang kesian dengan orang yang depressed ni terutamanya sampai nak bunuh diri... tapi bila aku tau dia mencurang, malas nak kesian... hahaha... kifarah sebab tipu bini...
Quote gdspls 26-11-2018 03:02 PM
eyansss replied at 26-11-2018 03:01 PM
hutang along, gepren lari, bini merajuk...

aku memang kesian dengan orang yang depressed ni ter ...

pastu acah2 depress?..
patut yang depress bini dia dpt laki mcm ni..


Quote CrowneGlory 26-11-2018 03:04 PM
Edited by CrowneGlory at 26-11-2018 03:05 PM

ada bini cabut lari, pastu awek pun cabut lari...hutang keliling pinggang...moral attention seeker selayaknya mati jah
kalau ko betul2 nk mati takde dia terpekik terlolong kat tgh2 KLCC tu berjam2... panjat je mana2 flat terjun ...habis cerita


Quote eyansss 26-11-2018 03:05 PM
gdspls replied at 26-11-2018 03:02 PM
pastu acah2 depress?..
patut yang depress bini dia dpt laki mcm ni..

kan... hahaha... ni nak tarik simpati n nak bini maafkan dia je ni aku rasa... sebab gepren dah lari... ala2, aku ni tertekan sanagt, tolong la simpati...
Quote chinta89 26-11-2018 05:00 PM
bukan mslh kurang prihatin ke ape tp acah2 sgt sb tu kena hentam... habis tergendala kije org lain sb acah2 nk bunuh diri.

mmg kita perlu kesedaran utk bantu org yg alami kemurungan tp dlm kes ni dia menyusahkan org ramai..
Quote ayjay 26-11-2018 07:03 PM
Nasib baik tak ada abang bomba terjatuh ke bawah semasa nak selamatkan mamat tu.
And now mamat tu berdepan tuduhan jenayah pula. Attempted suicide is a crime.
Quote ciksom 26-11-2018 08:34 PM
kinokuniya? cik som pernah part time kerja kat situ masa study dulu. kalau cik som jaga kaunter depan pintu masuk tu mesti nampak org nak bunuh diri tu.
Quote L211 26-11-2018 08:41 PM
kalau betul2 nk bunuh diri tak payah duk kat situ 2 jam.. tak terjun gak.. maknanya dia ingin perhatian dr ex gf dia je tu.. huhuhu bongok tol berdrama kt tempat yg xsesuai..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.188544 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top