CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Follower Instagram Haram? Sesuka Hati Keluar Hukum, Ustaz Bakhtiar Tegur Aimaan Banna

26-11-2018 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5506| Komen: 39|Original author: Oleh: Myra Rozi

Hukum membeli pengikut Instagram yang dikongsi pendakwah Aimaan Banna ternyata menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen.


Turut memberi respon adalah pendakwah dan pakar motivasi, Ustaz Bakhtiar Fitri yang menegur Aimaan supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan hukum haram terhadap sesuatu perkara baharu.

Bercakap kepada mStar Online, dia berasa terpanggil untuk memberi pendapat tentang kenyataan yang dikeluarkan Aimaan Banna kerana ianya dilihat sudah jauh menyimpang.


"Saya tidak mengenali Aimaan secara peribadi, namun ada individu yang hantar Whatsapp pada saya mengenai kenyataan tersebut.

"Saya rasa macam ada yang tak kena, terlalu simple dia letakkan hukum tanpa huraian. Ibarat fatwa ekspres tanpa merujuk Al-Quran dan Hadis.

"Untuk mengeluarkan hukum, seseorang itu mesti ada kepakaran. Kalau tak ada kepakaran, kena rujuk orang lain untuk minta pendapat,"kata Ustaz Bahtiar.

Tambahnya lagi, walaupun ada individu yang membeli pengikut bagi menambah keyakinan orang ramai terhadap produk mereka, jual beli produk berkenaan tetap sah dan menepati hukum yang sudah ditetapkan dalam Islam.


"Tak haram jual beli sebab menepati hukum. Yang salah kalau kita tipu pembeli, cakap ramai orang beli produk biarpun sebenarnya tak laku.

"Ini macam strategi pemasaran, kita upah orang untuk bantu perniagaan, macam upah orang buat marketing."

Sementara itu dia memuji usaha Aimaan Banna dalam menyebarkan dakwah tapi memintanya agar lebih berhati-hati dan merujuk pakar agama dulu sebelum mengeluarkan sebarang hukum.

Foto: Youtube
"Aimaan ni pada saya seorang yang bagus, dia suka pada agama, tapi saya rasa dia perlu bimbingan. Perlu berguru dan menuntut ilmu lagi.

"Saya tak nak kerana kenyataan saya ini, saya jadi bermusuh dengan dia. Saya bercakap kerana ada orang rujuk dan minta pendapat mengenai hukum yang dikeluarkannya. Saya terbuka kalau dia nak jumpa." -CARI
16

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
29

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 26-11-2018 07:14 PM
Dia ni x tau apa qualification dia kan. Tetiba jd ostat ig..
Quote buapakperut 26-11-2018 07:43 PM
dahle perasan minho. mabuk ke apa ini
Quote dani-rox 26-11-2018 07:52 PM
ada lg kpop wannabe nih... nanti kena kecam netizen, datang balik sakit depression tuh.
Quote hyie 26-11-2018 08:05 PM
harap2 heshe disambar petir lah hendaknya
Quote CiliPadiSedap 26-11-2018 08:11 PM
Tengah tunggu fatwa ustaz gothic iqram dinzly
Quote kemaruk 26-11-2018 08:12 PM
Cara islamkan anak nyamuk
Quote JamesDeen 26-11-2018 08:15 PM
harap etis2 menggeletis juga sama2 menimba lebih banyak ilmu terutama dalam bidang sains tulen supaya dapat membuktikan kepada kita semua bahawa ajaran teori sains itu adalah kesyumulan sains dan ajaran yang benerrrr...wakakakakkakakakakakkaa

manusia berevolusi daripada beruk...beruk berevolusi daripada apa tak tau....logik mentaliti etis menggeletis...wakakakkakakakakakakaka
Quote jazaa100 26-11-2018 08:36 PM
hyie replied at 26-11-2018 08:05 PM
harap2 heshe disambar petir lah hendaknya

Kejam nya kauuuu.......
Quote Orix 26-11-2018 08:53 PM
Another PU Amin in the making
Quote nadie90 26-11-2018 09:01 PM
Ad x org prcy ad hukum bli follower kt ig...sesuka ht ja cipta hukum
Quote armin 26-11-2018 09:27 PM
weezerfan: Dia ni x tau apa qualification dia kan. Tetiba jd ostat ig..

Dia mana ada qualification. Semua belajar tak habis
Quote Mary_jane 26-11-2018 10:31 PM
Ustaz whoareyuss?
Quote batu kikir 26-11-2018 11:06 PM
Kehadiran osetat dalam semua perkara kehidupan amat membosankan. Contoh:
1. Pendapat osetat dalam FX
2. Ulasan osetat dalam hubungan suami isteri, perniagaan, perbanken. mollecular science, quantum physics, big bang theory, political. Pendek kata semua nak ulaslah. Padahal kita tahu setakat manalah kelayakan diaorang ni. Gebang je. Last2 beri pendapat sendiri
Quote obses_budak 27-11-2018 01:20 AM
Kang kene kecam kau dpress lg sotat... {:nose
Quote Ketypurry 27-11-2018 01:27 AM
Hakak dah suroh heshe ni berlesbo dengan PU amin untuk hilangkan depressi heshe tapi masih juga tak mau. Kan dah sewel makin menjadi jadi
Quote MarissaOberlin 27-11-2018 01:55 AM
dah la hauk perasan minho. jijikzzzz u ols.
Quote CupuCupu 27-11-2018 02:38 AM
Pu amin tu ada la kelulusannya...dia ni..serabut jgk tgk bdk nk feeling jd ustaz glemer..bf hukum tu,hukum ni..bc gosip bdk ni byk kes gk terutama hutang...
Quote JokesCop 27-11-2018 02:56 AM
JamesDeen replied at 26-11-2018 08:15 PM
harap etis2 menggeletis juga sama2 menimba lebih banyak ilmu terutama dalam bidang sains tulen supay ...

Micro organisma, walaupun aku bukan atheist, aku jawapkan teori evolusi ni.
Quote serawadurian 27-11-2018 09:01 AM
Who r yus...? Senangnya mengarut. Bimbing la dia

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045863 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top