CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dipukau Di Pusat Beli Belah Selepas Cuba Krim Kecantikan

27-11-2018 05:26 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7458| Komen: 55|Original author: Oleh: Azza



Seorang netizen mendakwa ibunya telah terkena ilmu hitam oleh jurujual perempuan barangan kosmetik di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur. Kejadian itu berlaku setelah ibunya dipaksa mencuba krim di kulitnya hingga mengakibatkan ibunya terpaksa membayar hingga RM3,000 semata-mata terhadap produk yang langsung tidak berguna kepadanya.



Kredit foto: Twitter

Statusnya mendapat perhatian ramai lalu memberi pelbagai pendapat. Ada yang menyatakan ianya bukan ilmu hitam tetapi lebih kepada ilmu pemujukan hingga mangsa terpedaya lalu menyerahkan wangnya walaupun tidak memakai produk tersebut.





Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju apabila ramai yang mempermainkan perkataan pukau seolah-olah ianya tidak wujud.

Kredit foto: Gambar hiasan

Tidak hanya mangsa tersebut terkena, ada juga netizen yang membuat pengakuan bahawa dia pernah menjadi mangsa produk kosmetik yang sama. Modus operandi mereka sama iaitu memujuk pelanggan yang berpotensi untuk membeli barangan mereka.

Kredit foto: Twitter
Bagi Bebbely, dia bukannya terkena ilmu hitam tetapi cara penjual tersebut memperdagangkan produknya ada unsur 'pemaksaan'. Jadi siapa yang ada duit banyak ketika itu mungkin terperangkap dengan kata manis jurujual. Dan ianya berlaku terhadap dirinya sendiri.

Kredit foto: Google

Rentetan pengakuan tersebut, ramai yang bersimpati kepada Bebelley kerana kerugian wang hampir seribu ringgit. Jumlah tersebut akan lebih bermakna dan bernilai jika membeli barangan yang tepat.  Lebih memedihkan apabila ada yang menyatakan mereka turut ditawarkan produk yang sama tetapi dengan harga lebih murah.


Cerita pukau ini juga 'trending' di Twitter dan ramai yang membuat jenaka terhadapnya.

Pukau atau tidak? Hanya tuan badan yang boleh menentukannya. - CARI 

27

Bagus
24

Marah
29

Terkejut
20

Sedih
19

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-11-2018 05:40 PM
Jin kedai eco depa xrasa lagi
Quote buapakperut 27-11-2018 05:42 PM
mungkin sendiri yang mudah terpedaya tapi takut laki marah salahkan ilmu hitam.
Quote MsKathryn 27-11-2018 05:45 PM
Dah tau barang premium tak payah la nk g tgk2 or lalu tepi counter tu... SA tu tentu la keluar ayat2 cinta pujuk rayu dia.. nak dpt komisen ler
Quote kaseh80 27-11-2018 05:46 PM
Kat shopping complex mana?
Quote palmolive 27-11-2018 05:47 PM
tulah..pendinding kena kuat
Quote EvieWanKenobi 27-11-2018 05:50 PM
macam Estee Lauder je..

kat New York Skin Solution pun sama..
diorang akan pujuk dan offer macam2..
hati kena betul2 kering..
kalau tak, memang tak pepasal je sign-up
sampai beribu2..
Quote awexgaban7 27-11-2018 05:52 PM
ehh takot lah....
Quote Megikari 27-11-2018 06:15 PM
shernazz: Jin kedai eco depa xrasa lagi

Dia sama scary dengan jin kedai ninso. I rasa diorang berguru dgn bapak jin yg sama
Quote cahaya_almas 27-11-2018 06:29 PM
Sape tau nama kedai kosmetik nie...cuba share sket...or bg klu ke...i tk tau kedai apa...i g sopim selalu pakai jeans n tshirt je..jd jrg sgt org tegur sbb dia tau i tak berduit sgt.  Hehe
Quote umbut 27-11-2018 06:35 PM
Aku paling menyampah... org3 credit card kejar kat mall.... target sale... rimas.
Lagi produk2 soh try... laju aku jalan.. koserrrr
Quote babydoll 27-11-2018 07:01 PM
cahaya_almas replied at 27-11-2018 06:29 PM
Sape tau nama kedai kosmetik nie...cuba share sket...or bg klu ke...i tk tau kedai apa...i g sopim s ...

brand Origani. katanya moisturizer je dah RM800. tapi result hampehh...
Quote jebatmaspunyer 27-11-2018 07:07 PM
iolls pernah sales girl merayu sampai ikut iolls ke ATM.. dah lah ioll mmg perlukan cash nak kena cucuk sblm mall tutup.. beli lah jugak voucher sbb kesian.. tapi iolls lupa nak kesian kat diri sendiri sbb time tu iolls x der banyak duit pun.. and sales girl tu x kesian pun kat iolls bila iolls cakap iolls x der duit.. iolls plak g kesian kat sales girl tu.. harap itu the first and last benda tu jadi kat iolls.. next time kena keras hati...
Quote cahaya_almas 27-11-2018 07:08 PM
babydoll replied at 27-11-2018 07:01 PM
brand Origani. katanya moisturizer je dah RM800. tapi result hampehh...

Oo..tq sis...i tk pernah lak dgr brand nie...
Quote babydoll 27-11-2018 07:09 PM
cahaya_almas replied at 27-11-2018 07:08 PM
Oo..tq sis...i tk pernah lak dgr brand nie...

i pun tak penah dgr. i baca twitter baru i tau brand ni. ramai betul yg kene paksa beli.
Quote idakamaruddin 27-11-2018 07:26 PM
merepek je nak salah kan org... aku selalu jugak org kredit card pujuk tahan apa sume aku jwb je sorry saya suri rumah cukup2 makan je  
Quote Cari-Azza 27-11-2018 07:53 PM
cahaya_almas replied at 27-11-2018 06:29 PM
Sape tau nama kedai kosmetik nie...cuba share sket...or bg klu ke...i tk tau kedai apa...i g sopim s ...


Kosmetik Origani di IOI Puchong Mall


Quote moonbug 27-11-2018 07:58 PM
Betul pukau ke termakan pujukan?
Quote LostStar 27-11-2018 08:02 PM
Ok! Pena kena jua.. Promoter yg suka memaksa.. daku siap pernah kata ‘don’t touch me’ kooo.. annoying sungguh..
Quote cahaya_almas 27-11-2018 08:40 PM
Cari-Azza replied at 27-11-2018 07:53 PM
Kosmetik Origani di IOI Puchong Mall

Tq sis...ada yg dh jjwb tadi.  I tk pernah dgr produk nie....mahal jgk erk walau tk glemer....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055295 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top