CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Saya Bukan Gay!" - Shawn Mendes Penat Dituduh Homoseksual

27-11-2018 10:40 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6027| Komen: 18|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Penyanyi terkenal Shawn Mendes, 20, sekali lagi menafikan gosip liar mengatakan beliau seorang gay selepas spekulasi mengenainya bertebaran selama bertahun-tahun.

 
Kredit foto: Complex

Dalam temu bual terbarunya dengan majalah Rolling Stone, penyanyi itu memberitahu kadangkala beliau tertekan dengan pelbagai spekulasi mengenai kehidupan peribadinya terutama gosip liar mengatakan beliau seorang gay. 

"Saya sebenarnya mahu mengatakan saya tidak kisah, tetapi ianya tidak benar dan gosip ini telah bertebaran selama lima tahun. Ia melemaskan saya," katanya.
 

Kredit foto: Youtube


Mendes memberitahu Rolling Stones, gosip itu membuatnya paranoid. 

"Saya mula menganalisis semua gerak tubuh dan suara saya dalam rakaman temu bual untuk mengkaji apa yang membuatkan peminat menuduh saya gay. 

"Kadang-kadang, saya terfikir saya perlu dilihat dengan seorang wanita di tempat umum untuk membuktikan saya bukan gay," tambahnya lagi.


Kredit foto: Billboard

Walaupun menyedari gay bukanlah sesuatu yang buruk di mata masyarakat Barat kini, Mendes berkata dalam lubuk hatinya beliau membenci tuduhan itu. 

"Ketika kecil, saya memang suka memakai mekap berkilat untuk berlawak dengan ibu bapa saya selain sering mendandan rambut dan mewarnakan kuku kerana hidup dikelilingi 15 sepupu perempuan. Tetapi, itu tidak menggambarkan seksualiti sebenar saya," tegasnya.


Kredit foto:  Cosmopolitan

Beberapa tahun lalu di awal kemunculannya, Mendes pernah membuat penafian sama di Snapchat tetapi penafian itu tidak memadamkan gosip yang kekal bertebaran. 

Mendes juga pernah dilihat keluar berdua-duaan dengan mesra bersama model Hailey Baldwin, tetapi hubungan itu tidak ke mana. Hailey kemudiannya mengahwini penyanyi Justin Bieber.

Penulis pun tertanya-tanya juga, apa yang membuatkan ramai sangat menuduh Shawn Mendes seorang gay? Apa buktinya? - CARI
9

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-11-2018 11:05 AM
Sebelah shawn tu kilafairy versi putih ke apa  
Tapi iols suka je lagu shawb neh..hahaha..
Iols anggap dia cm anak mak ..sama juga charlie puth.sebab muka cm anak mak gitu
Quote Ketypurry 27-11-2018 11:10 AM
shernazz: Sebelah shawn tu kilafairy versi putih ke apa  Tapi iols suka je lagu shawb neh..hahaha..Iols anggap dia cm anak mak ..sama juga charlie puth.sebab mu ...


Tu kan hailey baldwin tunang justin bieber
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 12:01 PM
Kadang2 tak dapat bezakan Shawn Mendes dan Charlie Puth
Quote babydoll 27-11-2018 12:47 PM
Ketypurry replied at 27-11-2018 11:10 AM
Tu kan hailey baldwin tunang justin bieber

dah jadi bini justin bieber dah
Quote Lorra2411 27-11-2018 12:54 PM
Ketypurry replied at 27-11-2018 11:10 AM
Tu kan hailey baldwin tunang justin bieber

dah jadi Mrs. Bieber pun
Quote K_Lily 27-11-2018 02:14 PM
oklah...I percaya you bukan gay....
Quote mieymiey 27-11-2018 02:25 PM
Mungkin wajah jambu heshe yang menampakkan heshe gay?
Quote dekmieDandy 27-11-2018 02:43 PM
kokesen selalu ship dia dengan Nick Jonas sebab ada gambar hoax
Quote chicozinn 27-11-2018 04:03 PM
bagus la jadi str8 walaupun dari kecik dihimpit cakap chuollss tu gay..tuhan pun da cipta manusia ni berpasangan berlainan jantina jadi nikmat mana yang kamu hendak dustakan?
Quote samasam90 27-11-2018 05:35 PM
dekmieDandy replied at 27-11-2018 06:43 AM
kokesen selalu ship dia dengan Nick Jonas sebab ada gambar hoax

khuensss.. dah lah depa bagi watak nick tu sebagai daddy, c shawn ne pula ibarat pissy yg minta dibelai.. sedap iyaaaaaa imaginasi nya.. hahaha
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 06:53 PM
mieymiey: Mungkin wajah jambu heshe yang menampakkan heshe gay?


Mohon beliau simpan jambang spy hilang imej jambu.
Quote MeghanK 27-11-2018 07:19 PM
bukan ke dia terkantoi sebut "my boyfriend" kat interview
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 07:20 PM
MeghanK replied at 27-11-2018 07:19 PM
bukan ke dia terkantoi sebut "my boyfriend" kat interview

Oppsss... mohon link
Quote dani-rox 27-11-2018 07:31 PM
barangkali heshe ummah asexual
Quote MeghanK 27-11-2018 07:40 PM
Sang_Pencinta replied at 27-11-2018 07:20 PM
Oppsss... mohon link

i tak ingat la baca kat mana..sorry
Quote Temenung 27-11-2018 11:29 PM
Aku memang suka lagu2 dia.

Tp terkadang konpius jua dia ni dgn charlie puth
Quote annehuda 28-11-2018 10:58 AM
camne korg leh terkonpius lain bebenor kot charlie puth n shawn mendes tu




charlie puth punye kening ada tobek skit
Quote weezerfan 29-11-2018 07:35 AM
Dia bukan gay cuma jambu manis jah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.183603 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top