CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tengok Kemalangan Maut Punya Pasal, Orang Lain Yang Sakit...

27-11-2018 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2495| Komen: 15

Seorang penunggang motosikal patah kaki dan paha kanan selepas dilanggar sebuah van yang berhenti secara tiba-tiba untuk melihat kemalangan maut di Kilometer 336.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Dungun, jam 8 malam tadi.


Harian Metro melaporkan dalam kejadian, pemandu berusia 50-an itu secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri dari lorong kanan sebelum melanggar motosikal ditunggang Aziz Ismail, 57, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak, Selangor.


Kredit foto: Harian Metro/NSTP

Pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terbalik sebelum Aziz terperosok di bawah kereta milik wartawan bertugas di lokasi kemalangan maut terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dibantu orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dengan ambulans.


“Mangsa yang patah kaki dan paha kanannya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

“Pemandu van terbabit kemudiannya datang ke Balai Trafik Dungun untuk membuat laporan,“ katanya. - CARI
8

Bagus
14

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putribatrisya 27-11-2018 11:43 AM
Aduh kesian nya pak cik tu..
Quote zulka 27-11-2018 11:56 AM
jauhnye pakcik tu nak balik, dari dungun ke gombak
Quote FailFish 27-11-2018 11:58 AM
pakcik tu pun gagah betul malam2 ride sorang dari dungun ke gombak
Quote moonbug 27-11-2018 12:23 PM
Perangai typical
Quote melavaf 27-11-2018 12:25 PM
orang lain punya pasal, orang lain takleh masuk thread



kat sini aku @noraidil_06

come babeyyy come.

cum babeyyy cum.

Quote miemiecha 27-11-2018 12:25 PM
kdg nyampah yg sbuk nk tgk n amik gambau nih..
semak n wat jem jgk kdg...
ye betui x leh laju, tp xyah lah smpai brek semata nk amik gambau..
ko nak framekan ke...
mek dlu kete kne langgar..
benti tepi, pastu ade plak yg kne lggar lg sbb nk tgk mek yg eksiden ni..
xmasai je ade dua kes kat tempat yg sama...
Quote arm_band 27-11-2018 12:57 PM
kesiannya pakcik gigih ride moto dari dungun ke gombak.... pukul berapa patut sampai tu??
Quote shernazz 27-11-2018 12:59 PM
Elok dimaki oemandu van tu
Jilaka
Main tukar lane n slow saja...
Quote Hanukkah.2Dec18 27-11-2018 01:01 PM
Driver van tu selfie nak update dlm fb dan ig
Quote meklalala 27-11-2018 02:05 PM
tak pasal menyusahkan orang lain pulak..semoga pakcik cepat sembuh..
Quote Artemesiaa 27-11-2018 02:43 PM
Dah habiat kebanyakan mereka mana tak sesak atau akibatkan kemalangan pula.  Yang kereta rosak nak tukar tayar je pun boleh jem juga macam ler tak pernah tengoh situasi sebegitu sebelum ni.
Quote palmolive 27-11-2018 02:45 PM
time2 cmni memang org malaysia ni prihatin..
yg tak prihatin time beratur jek ..samada naik tren LRT, bayar kt kaunter pasaraya dan lain lain
Quote biozipstar 27-11-2018 02:56 PM
ngantok ko sampai terpelosok dalam tu,,,,
Quote DollahRepek 27-11-2018 03:26 PM
Alahai kesian pakcik tu. Harap pakcik tu ketuk jer kepala pemandu van tu
Quote mdhelmi 27-11-2018 03:35 PM
kalo nk cerita eksiden sbb kereta dpn benti tiba2 atau tukar laluan tiba2 mmg hari2 ada

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.051025 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top